PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
Mon - Fri
08:00-17:00
+603-8870 4800
+603 8870 4848

admin@nadma.gov.my

Mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana

Mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana

 

Sebagai agensi peneraju dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR), NADMA bertanggungjawab merancang dan mengubal strategi serta mekanisme koordinasi bantuan HADR Malaysia ke luar negara, mahupun bantuan antarabangsa ke dalam negara. Terdapat dua inisiatif strategik yang ditetapkan iaitu pengukuhan penyelarasan strategi HADR secara kolektif di peringkat global, rantau Asia Pasifik dan ASEAN; dan melibatkan pengukuhan kompetensi dan keupayaan HADR Malaysia mengikut standard dan amalan terbaik di peringkat serantau dan antarabangsa. 

Sekiranya bencana berlaku di luar negara dan ada keperluan, NADMA akan mengesyorkan cadangan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) tentang bantuan yang perlu dihantar. Jika dipersetujui oleh Pengerusi JPBP, NADMA akan mengemukakan tawaran HADR Malaysia kepada NDMO Negara yang terjejas, menerusi AHA Centre atau Kementerian Luar Negeri, seperti ditetapkan dalam ASEAN SASOP (Standard Operating Procedure for Regional Standby Arrangements and Coordination of Joint Disaster Relief and Emergency Response Operations). Sekiranya diterima oleh negara yang terjejas, NADMA akan menyelaras koordinasi HADR Malaysia. 

 

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Kajiselidik

Adakah NADMA memberi maklumat bencana yang anda cari?

Tag Cloud

Your browser doesn't support canvas.

Statistik Pengunjung
Pengunjung
Hakcipta @ 2021 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Search