Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada Ketua Pengarah NADMA.
- Farah Natasya
- Program dan Aktiviti
20 Mac 2023 - Kunjungan hormat ini membincangkan kerjasama antara JKM dan NADMA dalam pengurusan bencana di Malaysia. Untuk makluman, JKM merupakan antara agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana dari segi penyediaan dan penyelenggaraan Pusat Permindahan Sementara (PPS), mengedarkan makanan dan keperluan asas serta menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan kaunseling kepada mangsa-mangsa banjir.