Majlis Penyerahan Kenderaan Nissan NAVARA 2.5 oleh MARDI Corps & Penyerahan Sijil Pengiktirafan "The Largest Integrated Quarantine & Treatment Center" oleh Malaysia Book of Record
- Farah Natasya
- Program dan Aktiviti
Mac 2023 - Petang tadi telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Kenderaan Nissan NAVARA 2.5 oleh MARDi Corps & Penyerahan Sijil Pengiktirafan "The Largest Integrated Quarantine & Treatment Center" oleh Malaysia Book of Record bertempat di Markas SMART Pulau Meranti.
MARDICorp menyumpangkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda Nissan Navara kepada NADMA untuk kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana mendatang dan operasi bantuan pada masa akan datang. Penggunaan aset yang disumbangkan ini diharapkan juga dapat membantu dalam menghadapi misi-misi bantuan seperti misi bantuan banjir, saluran bantuan makanan ke kawasan pedalaman, menjalankan kerja-kerja kawasan terpencil yang tidak dapat diakses oleh kenderaan berat dan lain-lain lagi.
Upacara penyerahan kenderaan ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MARDICorp, Zaidi Shahrim kepada Ketua Pengarah NADMA, YBhg Datuk Khairul Shahril Bin Idrus di Ibu Pejabat SMART.