PENYELARASAN TALIAN BANTUAN KECEMASAN MERS999 SEMPENA MTL 2022/2023
KUALA LUMPUR, 16 Nov - Tim NADMA yang diketuai oleh Tuan Khairi bin Abd Ghani selaku Pengarah Seksyen Logistik telah berkunjung ke Pusat Panggilan Talian Kecemasan 999 (RCKL) untuk mengadakan penyelarasan talian bantuan kecemasan bersama dengan MERS 999 dan juga Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).
Mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan oleh Encik Kamarudin bin Abd Rani, Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pematuhan K-KOMM, bertujuan agar bantuan kecemasan dapat disalurkan kepada mangsa bencana dengan cepat dan teratur melalui bantuan agensi responder seperti PDRM, BOMBA, KKM, APM dan APMM.
Semoga dengan kerjasama erat dua agensi ini dapat memudahkan orang ramai untuk mendapat bantuan kecemasan sekiranya diperlukan sewaktu musim monsun timur laut. Sentiasa peka dan berjaga-jaga dengan keadaan cuaca di kawasan anda.
#KeluargaMalaysiaSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama