Petugas barisan hadapan dan mangsa-mangsa bencana banjir terus disantuni dalam Program Agihan Sumbangan Serunding dan Pek Daging Korban (Ready-To-Eat)
7 November 2022 ~ Petugas barisan hadapan dan mangsa-mangsa bencana banjir terus disantuni dalam Program Agihan Sumbangan Serunding dan Pek Daging Korban (Ready-To-Eat) anjuran Masjid Bukit Aman dengan Yayasan Kebajikan Muslim -Myfundaction.
Sebanyak 1,000 pek daging korban siap dimasak bersama 700 pek serunding daging bakal diagih-agihkan kepada warga NADMA dan jumlah sama juga diagihkan kepada beberapa rakan agensi penyelamat yang lain.
Manakala 5,000 pek daging korban siap dimasak, 1,000 pek serunding serta 1,000 kotak makanan asas pula akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir telah diwakili oleh JKMN Selangor.
Kesemua sumbangan kepada petugas barisan hadapan semalam telah diterima oleh wakil setiap agensi termasuk NADMA, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Selangor pula dipilih sebagai agensi pusat untuk mengagih-agihkannya kepada mangsa banjir di beberapa kawasan yang bakal ditentukan kemudian.
Timbalan Ketua Pengarah PASCA NADMA, YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Tuan Norazam Khamis, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Dr. Zaitol Salleh dan wakil Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Selangor, Komander SMART, PgKB I Mohd Khairul bin Jamil turut hadir dalam program ini.