Sesi Taklimat Persediaan Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 bersama Rakan NADMA bertempat di Markas Pasukan SMART, Pulau Meranti, Cyberjaya.
4 November 2022 ~ Sesi Taklimat Persediaan Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 bersama Rakan NADMA bertempat di Markas Pasukan SMART, Pulau Meranti, Cyberjaya.
Rakan-rakan NGO telah diberi taklimat berkaitan Ramalan Cuaca dan Persediaan Menghadapi Bencana oleh Pusat Kawalan Bencana (NDCC) NADMA) manakala maklumat berkaitan Pengurusan Bantuan NGO Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) telah dikongsi bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Para peserta turut diberi taklimat berkaitan Penempatan Wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi memudahcara perkongsian maklumat dan penyelarasan bantuan daripada pihak NGO.
Sesi pagi ini berakhir dengan Taklimat Sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM) oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia - JUPEM serta lawatan ke bilik operasi NDCC.
YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Timb Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA turut hadir berkongsi pandangan dalam usaha memantapkan lagi kerjasama penyelarasan bantuan semasa bencana.
Semoga semua urusan #KeluargaMalaysia sepanjang MTL 2022/2023 dipermudahkan Allah SWT.