OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

Sesi lawatan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diadakan pada 28 November 2023 di Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) Kuantan, Pahang dan 30 November 2023 di DSKB Kemumin, Kelantan. Lawatan ini adalah berdasarkan hasrat pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) untuk turun ke lapangan bagi membuat pemantauan perolehan makanan retort melalui peruntukan yang telah disalurkan sebanyak RM2 juta kepada JKM. Wakil MoF diketuai oleh Pengurus Kanan dan Timbalan Pengarah manakala dari NADMA wakil-wakil Seksyen Kewangan dan Akaun berserta Seksyen Logistik telah hadir bersama.

Previous Next

29 November 2023 - Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Bin Idrus telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan Bertempat di Wisma Pertahanan pada hari ini. Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan untuk bertukar idea serta pandangan bagi manfaat bersama di samping mengeratkan lagi kerjasama erat antara kedua-dua organisasi.
Sesi Kunjungan Hormat ini turut disertai Timbalan Ketua pengarah (Operasi), Encik Meor Ismail Bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Encik Zamakhshari Bin Hanipah dan Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana), Encik Hussain Bin Moh.
Previous Next

PUCHONG, 23 Nov - YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), telah menyempurnakan Sesi Libat Urus Madani Siaga Bencana bersama Rakan NADMA dan Media di Dewan Wawasan, Markas SMART.
 
Sesi yang melibatkan lebih 300 pengamal media tempatan serta Rakan NADMA yang terdiri daripada Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah NADMA turut memberikan peluang kepada peserta untuk bertanya secara langsung kepada pakar-pakar dari agensi yang hadir memberikan taklimat berkenaan keadaan semasa Monsun Timur Laut 2023/2024 serta tahap kesiapsiagaan agensi kerajaan menghadapi MTL ini.
 
Agensi yang terlibat termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
Selain itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), YB Datuk Ugak Anak Kumbong turut berkesempatan memeriksa Perbarisan Kehormat oleh Pegawai dan Anggota Pasukan SMART serta aset-aset terkini yang bakal digunakan sepanjang musim MTL 2023/2024.
Previous Next

15 November 2023 - YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, mengadakan pelepasan dan lawatan ke Agro Bazar FAMA, meninjau persiapan pengedaran Kit Makanan MTL 2023/2024.  Kerjasama NADMA dan FAMA ini telah bermula sejak tahun 2016 bagi membekalkan Kit Makanan kepada mangsa mengikut Ketua Isi Rumah (1 keluarga 1 KM) setelah mangsa berkenaan berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau ketika mangsa hendak balik ke rumah kediaman masing - masing sebagai sumber makanan sebelum kehidupan mangsa berjalan seperti biasa.  Bagi fasa pertama sebanyak 40,000 KM telah diedarkan diseluruh negara bagi persiapan MTL. Hadir sama dalam program ini YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan En. Khairi Ghani, Pengarah Logistik.

Previous Next

14 November 2023- YBhg. Datuk Ketua Pengarah NADMA telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Temerloh yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sempena Lawatan YAB TPM ke PKOB Daerah Temerloh.  Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membentangkan kesiapsiagaan JPBD Temerloh dari aspek sumber manusia, aset, PPS dan lain-lain keperluan dalam menghadapi MTL 2023/2024.  Mesyuarat disusuli dengan lawatan ke tapak pembinaan PPS di SMK Seberang Temerloh dan tapak Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Semantan, Mentakab.  Sesi lawatan ini turut dihadiri oleh YBrs. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search