OFFICIAL PORTAL
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY
PRIME MINISTER'S OFFICE

 

VISI / MISI DAN OBJEKTIF SEKSYEN

Seksyen Dasar dan Perancangan bertanggungjawab merangka dan menyelaras dasar-dasar makro pengurusan bencana negara meliputi fasa sebelum, semasa dan selepas bencana. Seksyen ini juga bertindak sebagai penyelaras dan penghubung antara NADMA dengan Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dalam dan luar negara. Seksyen ini juga bertanggungjawab terhadap penglibatan, komitmen serta kerjasama negara di peringkat serantau dan antarabangsa berkaitan isu-isu bencana.

 

FUNGSI SERTA TANGGUNGJAWAB SEKSYEN DASAR

 

  1. Menyedia dan menyelaras kertas/ ulasan/ maklum balas bagi:
  2. Memorandum Jemaah Menteri
  3. Nota Jemaah Menteri
  4. Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM)
  5. Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP)
  6. Dasar berkaitan pengurusan bencana
  7. Rang Undang-Undang Pengurusan Bencana Negara

 

PELAN STRATEGIK NADMA

 

  1. Menyelaras hal ehwal berkaitan Parlimen:
    :: Pre-council bersama Menteri berkaitan.
    :: Input jawapan Parlimen.
    :: Input penggulungan.
    :: Input jawapan ‘Minister’s Question Time’ (MQT).

  2. Menyelaras hubungan serantau antarabangsa Jabatan khususnya di platform ASEAN, APEC dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
  3. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP)
  4. Mengurusetiakan ‘Committee on International Engagement’ (CIE) yang membincangkan kesesuaian penyertaan dan pencalonan penyertaan khususnya wakil jabatan ke mesyuarat atau latihan di luar negara dengan mengambil kira peruntukan kewangan (perjalanan luar negara) yang diluluskan oleh Jabatan Perdana Menteri.

 

PERANAN DAN PENCAPAIAN SEMASA

 

  1. Penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang diadakan berkala setiap tahun dan mengikut keperluan semasa.
  2. Penganjuran sesi Townhall Rang Undang-Undang Pengurusan Bencana Negara.
  3. Penganjuran beberapa siri Bengkel Penggubalan Rang Undang-Undang Pengurusan Bencana Negara.
  4. Menyelaras penglibatan pengurusan tertinggi Jabatan dan Menteri ke mesyuarat serantau dan antarabangsa (Mesyuarat ACDM, AMMDM, COP to AADMER, Governing Board of AHA Centre, Global Platform on Disaster Risk Reduction dan sebagainya).
  5. Menganggotai Kumpulan Kerja Pengurusan Bencana di peringkat serantau antarabangsa antaranya:

 

  • ACDM Working Group on Preparedness, Response and Recovery.
  • ACDM Working Group on Global Leadership.
  • ACDM Working Group on Prevention and Mitigation.
  • Penyelarasan tindak balas dan bantuan di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat bagi Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022.
  • Penganjuran Mesyuarat CIE.

VISI/MISI DAN OBJEKTIF SEKSYEN

Penyelarasan urusan logistik bencana melibatkan semua agensi responder bencana dan badan-badan korporat berdasarkan Arahan MKN No. 20.

 

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEKSYEN LOGISTIK

 

  1. Merancang, menyelaras dan menyediakan Pelan Perancangan Logistik untuk menghadapi bencana melibatkan kementerian, agensi kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain semasa, sebelum dan selepas bencana.
  2. Mengelolakan Task Force Pengurusan Logistik Bencana.
  3. Merancang dan melaksanakan Table Talk Exercise (TTX) Logistik Bencana.
  4. Merancang, menyelaras dan menyediakan kursus Incident Command System (ICS)
  5. Mengurus dan menyelaras Depot Tindak Balas Kemanusiaan Bencana Negara (DTBKN).
  6. Mengumpul data dan maklumat agensi kerajaan, pihak swasta, pihak media dan pihak-pihak berkepentingan dalam Pangkalan Data Bencana sistem E-Logistik.
  7. Membina hubungan kerjasama dengan badan-badan korporat yang mempunyai kapasiti dan boleh memberi sumbangan material atau logistik kepada NADMA sebelum atau semasa berlaku bencana.

 

PERANAN DAN PENCAPAIAN SEMASA

 

  • Sistem Hebahan Amaran Awal Bencana Melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
  • Sokongan Logistik Sewaktu Bencana oleh Pihak Swasta Melalui CSR.
  • Perolehan Darurat Berkaitan Perbekalan COVID-19.
  • Penerimaan sumbangan berkaitan COVID-19.
  • Pengurusan Penghantaran Bekalan Berkaitan COVID-19 ke Seluruh Negara.
  • Penyelarasan Penghantaran Bekalan PPE sumbangan Kerajaan Malaysia ke Negara Luar.
  • Sumbangan Makanan dan Minuman Bagi Person Under Surveillance (PUS) di Pusat-Pusat Kuarantin Sumbangan daripada Syarikat-Syarikat Swasta.

VISI / MISI OBJEKTIF SEKSYEN

Merangka dan memastikan pelaksanaan program  dan inisiatif berkaitan Pengurangan Risiko Bencana atau Disaster Risk Reduction (DRR) ke arah masyarakat yang berdaya tahan bencana dan mengarusperdanakan DRR di dalam semua sektor berkaitan. 

 

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEKSYEN MITIGASI

 

  1. Merangka dan menyelaras inisiatif Pengurangan Risiko Bencana (Disaster Risk Reduction-DRR) untuk meningkatkan  pemahaman kepada risiko bencana melalui koordinasi bersama agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Jabatan-jabatan Teknikal, Badan Bukan Kerajaan, akademia dan lain-lain.
  2. Merangka, menyelaras dan melaksana program pencegahan dan mitigasi bencana bagi pengurangan risiko, meminimumkan impak, dan mencegah pembentukan risiko bencana yang baru.
  3. Mengukuh dan membangunkan kompetensi serta keupayaan kapasiti dalam pengurangan risiko bencana merangkumi semua pihak berkepentingan termasuk agensi Kerajaan dan masyarakat setempat.
  4. Membina serta menambah baik jaringan kerjasama dalam aspek DRR di peringkat tempatan, agar seiring dengan peringkat antarabangsa.
  5. Membina serta meningkatkan kolaborasi dan jaringan kerjasama dalam DRR di peringkat serantau antarabangsa merangkumi elemen meningkatan kepakaran, perkongsian pengetahuan, teknologi dan mekanisma lain ke arah negara yang berdaya tahan bencana.

VISI

:: Agensi Peneraju Pengurusan dan Kesiapsiagaan Bencana Negara.

 

MISI

:: Merancang dan menyelaras operasi bencana dengan berkesan melalui strategi pengendalian yang teratur ke arah kesejahteraan rakyat.

 

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEKSYEN PELAKSANAAN OPERASI

 

  1. Merangka kaedah pelaksanaan latihan antara agensi.
  2. Membantu pelaksanaan tindakan bantuan operasi di lapangan.
  3. Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program latihan amal pengurusan bencana.
  4. Mengadakan naziran atau inspektorat pengurusan operasi bencana di peringkat Daerah dan Negeri.
  5. Memantau pelaksanaan latihan peningkatan keupayaan agensi dalam pengurusan bencana oleh agensi.
  6. Mengadakan kerjasama dengan agensi peringkat Daerah dan Negeri semasa kesiapsiagaan bencana.
  7. Menasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat Daerah dan Negeri dalam kaedah pengurusan operasi bencana.
  8. Merangka, merancang dan menyelaras pelaksanaan pelan tindakan operasi bencana bersama agensi-agensi pengurusan bencana.

 

PERANAN DAN PENCAPAIAN SEMASA

 

  • Pemantauan pengurusan dan pengoperasian bencana di seluruh negara.
  • Penyelarasan Persediaan dan Kesiapsiagaan Agensi-agensi Tindak Balas Menghadapi Bencana.
  • Pengurusan kemasukkan pengembara dari luar negara melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).
  • Penyelarasan pengurusan Stesen Kuarantin (QS) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Berisiko Rendah.
  • Penyelarasan dan Penyediaan Garis Panduan, Pengarahan, SOP, dan Prosedur Pengurusan Bencana (termasuk Pandemik COVID-19) untuk pelaksanaan semua Agensi berkaitan.

VISI / MISI OBJEKTIF SEKSYEN

Bertanggungjawab sebagai Penggubal Dasar Pengendalian Operasi Bencana Bertindak sebagai penyelaras kepada Gerakkerja Agensi melalui arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) NO.20: Dasar Mekanisme Pengurusan Bencana Negara.

 

FUNGSI DAN  TANGGUNGJAWAB SEKSYEN PENYELARASAN OPERASI

  1. Merancang dan menyelaras koordinasi bantuan bencana dan kemanusiaan negara, termasuk melibatkan bantuan rantau Asean dan Antarabangsa.
  2. Bertindak sebagai penyelarasan program pemurnian/semakan Peraturan Tetap Operasi (PTO) / Emergency Response Plan (ERP) / Business Continuity Plan (BCP) yang melibatkan pengendalian bencana bersepadu (multi-agensi).
  3. Merangka dan menyelaras aktiviti penilaian dan penambahbaikan (post-mortem) bagi aspek koordinasi tindak balas agensi.
  4. Bertindak sebagai sekretariat kepada jawatankuasa kumpulan kerja kesiapsiagaan dan tindak balas peringkat negara.
  5. Mengelola pelaksanaan program pemantapan pengurus bencana di peringkat negara, serantau dan antarabangsa.
  6. Bertindak sebagai agensi meneraju dalam memberi khidmat nasihat/konsultasi dan sebagai penceramah serta fasilitator bagi program berkaitan pengurusan dan pengendalian bencana.

PERANAN / PENCAPAIAN SEMASA

  • Memberi khidmat nasihat dan konsultasi serta khidmat fasilitator dalam pengurusan bencana kepada agensi dalam negara (KKMM, KKM, JPA, ATM, PDRM, Universiti, dll) serta agensi luar negara (ASEAN, AHA Centre, UN-OCHA, UNICEF, WFP, DFAT, dll).
  • Mengurus misi bantuan bencana ke luar negara seperti China, Indonesia dan Itali.
    penglibatan dalam mesyuarat teknikal MKN bagi pengurusan Covid-19 semasa darurat.
  • Mengurus pembayaran stesen kuarantin hotel semasa Covid-19 pada tahun 2020-2021
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6 & 7, Blok D5, Kompleks D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan
Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search