Sesi Pembentangan Sistem Disaster Now oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) | 5 Mac 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
Telah berlangsung sesi pembentangan mengenai Sistem Disaster Now oleh Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kepada NADMA.
Objektif pembangunan sistem ini adalah untuk membolehkan rakyat melaporkan bencana secara atas talian, memberikan notifikasi segera, menyediakan peta lokasi bencana, menghubungkan komuniti dan organisasi, serta menjadi platform utama bagi rakyat untuk mendapatkan maklumat dan sokongan semasa bencana.
Sesi perbentangan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA, YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), serta pengarah-pengarah dan wakil-wakil daripada pelbagai seksyen.
Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara atas Ketua Pengarah NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara atas Ketua Pengarah NADMA | 4 Mac 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
Telah berlangsung sesi Kunjungan Hormat Tuan Haji Wan Baharuddin Wan Ismail, Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) atas YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA. Turut hadir mengiringi Ketua Pengarah LKTN ialah Puan Tan Eng Nee dan Encik Abdul Hadi Hassan.
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan bagi memperkenalkan produk tilam berasaskan fiber kenaf yang dicadangkan untuk kegunaan mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). LKTN turut mengadakan pembentangan berhubung penghasilan lain-lain produk berasaskan kenaf termasuk untuk kegunaan sektor pembinaan, penerbangan, perabot dan biodegradable utensils. Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Pengarah Seksyen Logistik dan Ketua Penolong Pengarah Seksyen Logistik NADMA.
Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Mac 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
3 Mac 2025 - Pengurusan tertinggi dan warga NADMA telah menghadiri ke Perjumpaan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Mac Tahun 2025 di Dewan De’ Seri Endon Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya.
Sesi Bengkel Tadbir Urus Perkhidmatan Digital Kerajaan bersama agensi di bawah Sektor Keselamatan
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Bengkel Tadbir Urus Perkhidmatan Digital Kerajaan bersama agensi di bawah Sektor Keselamatan | 27 & 28 Februari 2025 | Dewan Bankuet, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
Telah berlangsung satu sesi Bengkel Libat Urus Perkhidmatan Digital Kerajaan Sektor Keselamatan yang bertujuan untuk memberi pencerahan dan pengetahuan menyeluruh kepada semua wakil agensi mengenai inisiatif pendigitalan melalui pendekatan Whole-of-Government (WoG), seterusnya mencadangkan dan menyelaras aktiviti di bawah Sektor Keselamatan.
Kementerian Digital (KD) dan Jabatan Digital Negara (JDN) telah dibentuk untuk memperkasakan inisiatif pendigitalan melalui konsep Government Technology atau GovTech dengan hasrat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik, cekap dan berkesan kepada rakyat. Pelaksanaan inisiatif pendigitalan mengikut pendekatan WoG, perancangan dan pelaksanaan projek pendigitalan kerajaan bermula tahun 2025 perlu dirancang secara bersepadu bagi memastikan semua kementerian dan agensi memahami hasrat dan kepentingan pelaksanaan inisiatif pendigitalan secara pendekatan WoG ini.
Wakil NADMA yang telah hadir dalam menyumbang idea untuk menyempurnakan templat domain perkhidmatan bagi ekosistem sektor pengurusan bencana ialah Puan Norbazliah binti Ibrahim dan Encik Mohd Izzamuddin bin Nadin sebagai SME, manakala Ts. Abrar Noor Akramin bin Kamarudin sebagai Pengurus ICT. Wakil dari agensi-agensi lain yang turut sama terlibat pada sesi ini adalah dari KKM, KDN, ATM, APMM, APM, ESSCOM, RELA, PDRM, JBPM, MKN, NACSA, CGSO dan JIM. Hasil draf bengkel ini akan dimurnikan oleh pihak JDN sebelum diangkat ke MKN bagi memuktamadkan dokumen blueprint projek pendigitalan sektor keselamatan sebagai sebahagian daripada pendekatan WoG.
Program Disaster Risk Reduction and Management Study Tour | 22 hingga 28 Februari 2025 | Bandar Kigali, Rwanda
Telah berlangsung sesi penutup Program Disaster Risk Reduction and Management Study Tour di Rwanda oleh Hon. Minister Maj. Gen (R) Albert Murasira, Ministry in charge of Emergency Management (MINEMA). Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA dan dianggotai oleh Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Seksyen Komuniti dan Pembangunan Sosial, Seksyen Mitigasi, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), ELMU, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Plan Malaysia (JPBD), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia serta MERCY Malaysia.
Program ini telah dilaksanakan melalui lawatan ke pelbagai agensi di Kigali, RWANDA: MINEMA, Local Development (LODA), Ministry of Finance and Economic Planning (MINECOFIN), Council of the City of Kigali (CoK), Rwanda Water Resources Board (RWB), Ministry of ICT & Innovation (MINICT) dan National Emergency Command Center (NECC), sesi pembentangan dan sesi soal jawab antara kedua-dua pihak. Antara tajuk utama yang telah dibincangkan adalah Early Warning System (EWS), Data Management, Search & Rescue Operation (SAR), Landslide & Slope Management, Flood Management dan Urban Development Strategies for Resilient Cities. Melalui sesi tersebut, kedua-dua pihak telah mengenalpasti bidang kerjasama seterusnya yang merangkumi Policy Development & Institutional Strengthening, Capacity Building & Human Capital Development, Climate Change Adaptation & Community Resilience, Disaster Response & Humanitarian Assistance dan Transdisciplinary Research & Smart Innovation.
