KUALA LUMPUR: While children nationwide are enjoying Hari Raya Aidilfitri with their families, those at the Masjid Putra Heights temporary relief centre (PPS) affected by the recent gas pipeline fire have not been forgotten.
A Bernama observation found that Mercy Malaysia was among the organisations reaching out to lift the children's spirits by organising games and activities to bring them some joy and laughter.
President Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus said the organisation felt compelled to help the victims, driven by a sense of social and humanitarian responsibility.
He added that situations like these require swift support from experienced responders, especially for communities grappling with trauma and loss.
"We are conducting a range of activities for the children, such as interactive games, arts and crafts, as well as counselling sessions.
"We chose to incorporate play into our programme to create a more positive atmosphere for the children," he told Bernama.
The gas pipeline fire, which broke out at 8.10am last Tuesday, saw flames shooting over 30 metres, with temperatures reaching 1,000 degrees Celsius. It took nearly eight hours to fully extinguish the blaze.
As of noon yesterday, 375 people from 96 families were taking shelter at the PPS.
Ahmad Faizal said the children showed keen interest and genuine enthusiasm, taking part in the games and sessions.
"Their laughter and eagerness to participate show they're beginning to feel more at ease and happy, even in these challenging circumstances.
"Engaging in activities and play helps ease emotional stress, as it provides children with a safe space to express their feelings.
"They can also begin to process the trauma they've experienced through social interaction and play," he explained.
He added that Mercy Malaysia remains committed to assisting whenever disasters or crises occur in the country, especially those with significant humanitarian impact.
"We have also extended direct aid to the victims in the form of personal hygiene kits to help maintain their health," he said. – BERNAMA
Kebakaran saluran gas: Lima van Rapid KL-On Demand bantu hantar pelajar terjejas ke sekolah
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR: Lima van Rapid KL-On Demand digerakkan pagi ini bagi menghantar 76 pelajar dan murid terjejas insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor daripada dua pusat pemindahan sementara (PPS) ke 19 sekolah di sekitar Subang Jaya.
Daripada jumlah itu, 42 adalah murid sekolah rendah dan 34 pelajar sekolah menengah.
Ketua Wilayah Tengah Rapid Bus Sdn Bhd, Khairul Azhar Hamidulah, berkata pihaknya membuat perancangan awal bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak berkuasa tempatan, bagi memastikan kelancaran proses penghantaran pelajar.
"Daripada jumlah itu, seramai 60 orang adalah pelajar sesi pagi dan 16 sesi petang. Namun, jumlah sebenar pagi ini mungkin sedikit kurang dan akan bertambah dari semasa ke semasa," katanya kepada Bernama.
Inisiatif itu digerakkan dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), PPD Petaling Perdana, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Prasarana Malaysia Berhad.
Sementara itu, Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) Nur Mohd Razali Abdullah berkata bantuan perkhidmatan pengangkutan itu, setakat ini disediakan untuk tempoh dua minggu bergantung keperluan dan situasi semasa.
Beliau berkata khidmat pengangkutan yang disediakan meliputi pergerakan menghantar dan mengambil pelajar-pelajar dalam lingkungan radius tujuh kilometer dari PPS ke sekolah masing-masing.
"YIDE kekal komited memastikan kebajikan para pelajar yang terjejas terurus. Segala bentuk bantuan akan disalurkan secara berperingkat, demi memastikan setiap pelajar dapat meneruskan sesi persekolahan dalam keadaan dan selesa," katanya.
Nur Mohd Razali berkata YIDE menjunjung kasih atas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan keprihatinan terhadap nasib pelajar-pelajar yang terkesan.
Beliau berkata YIDE selaku anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), telah memulakan inisiatif menyantuni pelajar-pelajar yang terkesan dengan menyalurkan bantuan kelengkapan persekolahan termasuk baju uniform, beg, kasut dan alat tulis kepada 194 pelajar bermula Jumaat lepas. -- BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh digerakkan bagi menyalurkan bantuan awal kepada mangsa ribut di Kampung Melayu Subang dan Subang Perdana, dekat sini.
Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R Ramanan berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan pemimpin tempatan serta agensi kerajaan bagi memastikan setiap bantuan sama ada logistik, makanan, tempat perlindungan atau keperluan harian dapat disampaikan tanpa kelewatan.
"Bencana ini menyebabkan kerosakan kepada beberapa rumah penduduk, harta dan kemudahan awam.
"Setakat maklumat terkini yang diterima, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Namun, saya sedar bahawa kejadian ini pastinya membawa kesulitan dan kerisauan kepada keluarga yang terjejas terutama mereka yang sedang menyambut Aidilfitri.
"Saya amat memahami perasaan mangsa dan warga penduduk yang terjejas – saya bersama anda dalam saat sukar ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, beliau turun ke lokasi terjejas untuk meninjau sendiri keadaan dan mendengar rintihan rakyat yang terkesan.
"Dalam apa jua bencana, kebersamaan dan solidariti adalah kekuatan utama kita.
"Saya menggesa semua pihak terus saling membantu dan mematuhi nasihat keselamatan daripada pihak berkuasa.
"Kita akan bangkit dan pulihkan keadaan ini bersama seperti yang selalu kita lakukan sebelum ini," katanya.
Sebarang keperluan, aduan atau bantuan segera boleh disalurkan terus ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh atas talian WhatsApp 014-963 7107.
TAIPING: The sister of one of the victims who died after they were suspected of inhaling toxic fumes while performing cleaning work in a sewer at a new resort construction site in Kampung Ibol, Sumpitan, near Lenggong this morning, said she never expected this year's Hari Raya Aidilfitri would be their last celebration together.
Nor Azimah Che Norallasahlilaputera, 36, who lives in Penang, said she celebrated Aidilfitri with her late younger brother, Mohd Suhaimi, 29, at their parents' home in Kampung Sumpitan, Lenggong just a few days ago.
"Mohd Suhaimi was the youngest of seven siblings and lived with our parents in the village. He didn't behave unusually or leave any messages for the family. Everyone was home to celebrate at our mother's house," she said when contacted yesterday.
Nor Azimah said she last saw her brother this morning before he left for work, adding that she and her family would head to the Taiping Hospital's Forensics Department today to claim her brother's body.
She said Mohd Suhaimi leaves behind a wife and a two-year-old son.
In the incident this morning, three men including Mohd Suhaimi and an Indonesian national lost their lives while performing cleaning work in the sewer.
Perak Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Sabarodzi Nor Ahmad said the two local men, aged 29 and 37, died at the scene, while the Indonesian man was confirmed dead at the Gerik Hospital.
The remains of the two local victims were brought to the Taiping Hospital at 7.30pm for post-mortems today. – BERNAMA
Rugi RM1 bilion! Siapa nak ganti?
- Admin UKK
- Berita
Kuala Lumpur: Anggaran kerugian akibat insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, Subang dekat sini, Selasa lalu mampu mencecah lebih RM1 bilion, sekali gus mencetuskan persoalan besar siapa yang akan menanggung pampasan kepada lebih 250 pemilik kediaman yang terjejas.
Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Profesor Emeritus Barjoyai Bardai berkata, jumlah itu merangkumi kerosakan fizikal kediaman, kemusnahan kenderaan dan pelbagai barangan rumah termasuk barangan elektrik, selain penurunan nilai hartanah secara menyeluruh di kawasan terjejas.
Katanya, setiap kediaman yang dibeli pada harga sekitar RM500,000 ke RM1 juta mungkin menanggung kerugian berlipat ganda apabila mengambil kira kerosakan kenderaan, perabot, peralatan rumah dan pembaikan struktur.
"Infrastruktur seperti pendawaian dan sistem paip juga dianggap tidak lagi boleh digunakan kerana menerima tekanan haba tinggi melebihi 1,000 darjah Celsius.
"Kos pembinaan semula infrastruktur, termasuk sistem paip dan saliran, turut menyumbang kepada angka kerugian yang besar.
"Malah, kemungkinan besar keseluruhan kawasan perlu dikosongkan dan dibina semula bagi memastikan keselamatan jangka panjang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Katanya, kerajaan sebelum ini mengumumkan bantuan segera RM5,000 kepada setiap keluarga terjejas, namun jumlah itu tidak mencukupi kerana anggaran kerugian minimum setiap keluarga mencecah RM100,000.
Menurut Barjoyai, kejadian itu bukan kemalangan atau bencana biasa, sebaliknya berpunca daripada risiko berkaitan infrastruktur perniagaan dan wajar ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang bertanggungjawab.
"Ia perlu satu siasatan menyeluruh. Sekiranya terbukti berpunca daripada kelalaian pihak tertentu maka hampir keseluruhan kos mungkin perlu ditanggung pihak berkenaan.
"Persoalannya kini, berapakah jumlah pampasan diperuntukkan dan siapa yang akan menanggungnya kerajaan atau syarikat?" katanya.
Beliau turut menyarankan pampasan diberikan 100 peratus daripada nilai hartanah, memandangkan insiden ini bukan bencana alam seperti banjir atau kebakaran biasa, sebaliknya berpunca daripada faktor teknikal dan pengurusan risiko perniagaan.
Tambahnya lagi, insiden berkenaan membuka lembaran baharu terhadap aspek ketelusan dan ketelitian sistem pemantauan projek mega seperti pemasangan paip gas sepanjang 1,400 kilometer (km) yang dilaksanakan.
"Sepatutnya ada kawasan penampan (buffer zone) yang tertutup dan tidak boleh diakses oleh awam. Namun, kita lihat lokasi ini seolah-olah terbuka dan mudah dicapai oleh mesin serta manusia.
"Perlu ada sistem pemantauan berterusan bagi memastikan keselamatan paip dan komuniti sekitar untuk jangka panjang," katanya.
Beliau berkata, insiden kali ini bernasib baik kerana berjaya dikawal dalam masa lebih tujuh jam, tapi ia juga mendedahkan kelemahan potensi risiko dalam kawasan penempatan moden negara.
Selain itu, beliau turut memuji kecekapan pasukan bomba dan penyelamat dalam mengawal situasi, namun menekankan perlunya pelan risiko yang lebih ketat bagi projek membabitkan bahan mudah terbakar seperti gas, petroleum dan elektrik.