PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟒
 
3 Oktober 2024 - Telah berlangsungnya Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2024 yang diadakan di Kota Tinggi , Johor. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.
 
Dengan kehadiran ramai pengunjung, majlis ini bukan hanya meriah, tetapi juga telah banyak memberi kesedaran tentang kesiapsiagaan menghadapi bencana. Melalui pendekatan menyeluruh kerajaan dan penglibatan komuniti setempat, kita bersama-sama berusaha mengurangkan risiko bencana.
 
Pelbagai aktiviti dan gimik pelancaran yang menarik telah memeriahkan suasana. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan acara ini! Bersama-sama, kita terus bersatu dan siapsiaga bersama! 
Previous Next

𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐁𝐢𝐥 𝟐 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒
 
3 Oktober 2024 - YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bilangan 2 bagi tahun 2024 yang turut dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN); dan Agensi-agensi Teknikal serta Agensi-agensi Tindak Balas.
 
Mesyuarat tersebut bertujuan untuk memaklumkan tentang persiapan oleh agensi-agensi Kerajaan bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut 2024/2025.
 
Di akhir mesyuarat, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi turut berharap agar NADMA dapat melihat mekanisme pengurusan pasca bencana dengan mengambil kira peranan agensi-agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat industri berkaitan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan penduduk setempat.
 
Untuk mengetahui laporan terkini dan sahih berkaitan bencana, orang ramai boleh layari www.portalbencana.nadma.gov.my
Previous Next

MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN | 2 OKTOBER 2024 | PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC)
 
Mesyuarat kali ini bertujuan untuk menyelaraskan langkah-langkah persediaan menghadapi situasi kecemasan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan awam mengikut jadual yang ditetapkan.
 
Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA untuk menyampaikan taklimat berkaitan pengurusan menghadapi situasi kecemasan bencana yang berhubung dengan langkah-langkah persediaan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan kepada ahli mesyuarat.
Previous Next

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI (JPBN) SABAH BIL.3/2024 | 1 OKTOBER 2024 | Bilik Mesyuarat Utama, Menara Kinabalu, Sabah
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Sr.Hj Safar Bin Untong JP, Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Nadma dan pegawai-pegawai agensi Negeri Sabah. Sesi perbincangan kali ini membincangkan gerak kerja dan kesiapsiagaan pelbagai agensi dalam Pengurusan Bencana di Daerah.
Previous Next

LAWATAN TAPAK PUSAT PEMINDAHAN KEKAL BENCANA (PPKB) DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MEDAN, BATU PAHAT, JOHOR | 1 OKTOBER 2024
 
Satu sesi lawatan tapak pemantauan projek pembinaan PPKB SK. Seri Medan, Batu Pahat, Johor telah diadakan pada hari ini yang diketuai oleh YBrs. Ir. Haji Malek Bin Hisham, Pengarah Seksyen Teknikal & Infrastruktur (STI) bersama pegawai-pegawai STI dan wakil JKR Batu Pahat.
 
PPKB adalah salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk kemudahan dan keselesaan kepada mangsa yang ditimpa bencana. PPKB didalam kawasan sekolah atau lokasi strategik adalah bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan PPKB sebagai serampang dua mata iaitu sebagai pusat pemindahan mangsa bencana dan juga sebagai tempat untuk aktiviti pelajar atau komuniti setempat semasa tidak berlaku bencana.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search