PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

PENGLIBATAN PEGAWAI NADMA DAN SMART DALAM INTERNATIONAL FIRE CONFERENCE & EXHIBITION MALAYSIA (IFCEM), MIREC & IFCAA JOINT DRILL 2024 | 21 hingga 24 OKTOBER 2024 | Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
 
Program anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malysia iaitu IFCEM, MIREC & IFCAA Joint Drill 2024 telah melibatkan seramai 3 orang pegawai dari NADMA dan SMART yang ditugaskan untuk turut sama bagi menjayakan program tersebut. Program ini disertai oleh peserta tempatan dan beberapa negara lain selaku pembentang, peserta pertandingan dan peserta persidangan. Program ini antara lainnya memberi manfaat kepada 1800 peserta persidangan dan peluang kerjasama antara peserta bagi peningkatan daya tahan bangunan, keselamatan kebakaran dan risiko bencana.
Previous Next

SESI PERBINCANGAN DAN LAWATAN KERJA PLUS MALAYSIA BERHAD (PLUS) KE PUSAT KAWALAN BENCANA NEGARA (NDCC) | 23 OKTOBER 2024
 
Telah berlangsung sesi perbincangan dan lawatan kerja yang disertai oleh 11 orang pegawai dari PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang diketuai oleh En. Mohd Yusuf Abdul Aziz, Pengurus Besar Kanan Operasi / Ketua Operasi PLUS. PLUS merupakan pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia dalam menguruskan dan menyelenggara rangkaian lebuh raya sepanjang lebih daripada 1100 kilometer.
 
Pihak NDCC dan PLUS telah membincangkan strategi-strategi yang boleh dilaksanakan bersama bagi memperkukuhkan sistem pengurusan bencana sedia ada, serta memastikan koordinasi yang lebih mantap semasa menghadapi situasi bencana. Sehubungan dengan itu, pihak PLUS mengharapkan sesi perbincangan dan lawatan ini dapat meningkatkan keupayaan PLUS dalam pengurusan kecemasan dan bencana.
Previous Next

PENYERTAAN KE MESYUARAT KE-45 ASEAN COMMITTEE ON DISASTER MANAGEMENT (ACDM), MESYUARAT KE-21 GOVERNING BOARD OF AHA CENTRE, MESYUARAT KE-6 ASEAN DISASTER RESILIENCE PLATFORM (ADRP) DAN PERJUMPAAN DUA HALA BERSAMA KETUA DELEGASI JEPUN DAN KETUA DELEGASI REPUBLIK KOREA | 21 & 22 OKTOBER 2024 | BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM
 
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Agensi Pengurusan Bencana di negara anggota ASEAN selaku ahli ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM). Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan diiringi oleh En. Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan serta En. Aiman Na’im Bin Muhammad Razif, Penolong Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan.
 
Malaysia memainkan peranan yang aktif melalui perjanjian ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) dan antara pendokong setiap aktiviti di bawah naungan Program Kerja AADMER selaku pengerusi bersama bagi ACDM Working Group on Preparedness, Response and Recovery (WG on PRR).
 
YBhg. Datuk Ketua Pengarah NADMA juga telah mengadakan pertemuan bilateral dengan wakil daripada Kerajaan Jepun dan Korea Selatan mengenai peluang kerjasama yang lebih rapi dengan negara-negara berkenaan di dalam pengurusan bencana.
Previous Next

INTERNATIONAL RESCUE CHALLENGE (IRC) 2024 | PAKISTAN
 
Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah mewakili Malaysia dalam International Rescue Challenge (IRC) sempena Asia Pacific Earthquake Exercise 2024 bagi menguji kebolehan dan kepakaran pasukan-pasukan penyelamat di Asia.
 
Pasukan SMART telah mewakilkan seramai 8 orang peserta yang diketuai oleh Inspektor Muhamad Zul Khairi sebagai ketua pasukan. Pasukan SMART telah berjaya merangkul tempat kedua dalam acara Height Rope Rescue serta kedudukan keseluruhan juga di tempat kedua daripada 9 negara yang bertanding. Syabas dan tahniah buat Pasukan SMART!
Previous Next

LATIHAN TABLETOP EXERCISE (TTX) DAN FIELD TRAINING (FTX) BENCANA TANAH RUNTUH NEGERI SABAH TAHUN 2024 | 22 hingga 25 OKTOBER 2024 | HOTEL PERKASA KUNDASANG, SABAH
 
Majlis perasmian Latihan Tabletop Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX) Bencana Tanah Runtuh ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Meor Ismail Bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi. Turut hadir sama, DCP Datuk Mazli Bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi.
 
Latihan ini merupakan kolaborasi strategik antara Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah bersama-sama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Latihan ini melibatkan penyertaan seramai lebih 70 orang peserta daripada pelbagai agensi responden. Antara tujuan pelaksanaan latihan ini adalah untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi-agensi serta badan sukarela yang terlibat dalam pengurusan bencana selain dapat menambah baik Prosedur Tetap Operasi (PTO) yang sedia ada.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search