Stok 1,600 tan metrik
- Admin UKK
- Berita
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) mencukupi.
Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pihaknya yang bekerjasama dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan swasta mempunyai stok penimbal bekalan ikan sebanyak 1,600 tan metrik.
Menurutnya, turut membantu menjamin bekalan adalah stok yang disimpan pihak swasta lain yang bergerak sendirian dan turut mengimport ikan.
“Tidak dinafikan apabila nelayan zon A tidak dapat ke laut, ia akan menjejaskan bekalan ikan segar, tetapi bekalan itu ada dengan kaedah kami simpan ikan import,” katanya pada sidang media selepas Program Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Marang di Kompleks Perikanan LKIM Marang di sini, semalam.
Menurutnya, langkah sewajarnya turut diambil bagi memastikan bekalan cukup hingga tidak berlaku kenaikan harga mahupun peniaga mengambil kesempatan.
“Sebab soal harga bukan di bawah seliaan LKIM atau Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, ia
“Tidak dinafikan apabila nelayan zon A tidak dapat ke laut, ia akan menjejaskan bekalan ikan segar, tetapi bekalan itu ada dengan kaedah kita simpan ikan import” Muhammad Faiz Fadzil
di bawah kementerian lain. Tugas kami memastikan bekalan ikan sentiasa ada setiap masa,” katanya.
Mengulas mengenai peruntukan RM200,000 kepada nelayan berdaftar sepanjang MTL, Muhammad Faiz berkata, ia akan diagihkan dalam bentuk bakul makanan kepada 10,000 nelayan di Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Sudah kenal pasti 449 ‘hotspot’ banjir
- Admin UKK
- Berita
Kuala Terengganu:
Sebanyak 449 lokasi hotspot banjir di Terengganu dikenal pasti sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL), kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu (Pengurusan Bencana), Hanafiah Mat.
Menurutnya, pengenalpastian lokasi itu oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membolehkan persediaan dan awal dilakukan.
Katanya, kerajaan menjangkakan terdapat lima hingga tujuh luruan monsun yang membawa episod hujan lebat dan berterusan terutama di Pantai Timur Semenanjung.
“Sebanyak 97 lokasi di Kuala Terengganu, diikuti Hulu Terengganu (66 kawasan), Setiu (58 kawasan), Dungun (56) kawasan), Kemaman (55 kawasan), Kuala Nerus (48 kawasan), Marang (35 kawasan) dan Besut (34 kawasan),” katanya.
Hanafiah menjawab soalan dikemukakan Azbi Salleh (Kuala Besut-PAS) mengenai persiapan kerajaan negeri menghadapi musim tengkujuh di persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu di sini, semalam.
Katanya, semua agensi kerajaan pusat dan negeri sudah diminta untuk memastikan aset, logistik dan sistem amaran awal bencana berfungsi dengan baik.
Katanya, beberapa pelan tindakan sudah dibincang menerusi Mesyuarat Penyelarasan Persediaan Menghadapi MTL.
“Kawasan rendah dan berhampiran muara sungai di negeri ini turut dikenal pasti berisiko berlaku limpahan air sekiranya fenomena air pasang besar berserta hujan lebat,” katanya.
Kuala Terengganu: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenal pasti sebanyak 449 lokasi ‘hotspot’ banjir di Terengganu sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) sekali gus membolehkan persediaan dan perancangan awal dilakukan berdepan musim berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu (Pengurusan Bencana), Hanafiah Mat berkata, kerajaan menjangkakan terdapat lima hingga tujuh luruan monsun membawa episod hujan yang lebat dan berterusan terutama di Pantai Timur Semenanjung
“Daerah Kuala Terengganu merekodkan jumlah kawasan berisiko tertinggi iaitu sebanyak 97 lokasi diikuti daerah Hulu Terengganu (66 kawasan).
“Di Setiu, ia membabitkan 58 kawasan, Dungun (56), Kemaman (55), Kuala Nerus (48), Marang (35) dan Besut (34),” katanya.
Hanafiah berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Azbi Salleh (Kuala Besut-pas) mengenai persiapan kerajaan negeri menghadapi musim tengkujuh pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman di sini semalam.
Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, berkata semua agensi Kerajaan Pusat dan Negeri sudah diminta memastikan semua aset, logistik dan sistem amaran awal bencana diperiksa supaya ia dapat berfungsi dengan lebih berkesan sebagai persediaan awal.
Katanya, beberapa pelan tindakan juga sudah dibincangkan menerusi Mesyuarat Penyelarasan Persediaan Menghadapi MTL.
“Kawasan rendah dan berhampiran muara sungai di negeri ini turut dikenal pasti berisiko berlakunya limpahan air sekiranya fenomena air pasang besar berserta hujan lebat.
“Ia membabitkan lima lembangan sungai iaitu
Sungai Terengganu, Sungai Besut, Sungai Dungun, Sungai Kemaman dan Sungai Setiu,” katanya.
Hanafiah berkata, daerah Hulu Terengganu juga dijangkakan berisiko tinggi berlaku banjir selain daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu dan Kemaman.
Katanya, penduduk di kawasan berisiko banjir dinasihatkan segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila hujan lebat melebihi tempoh dua jam bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
“Kita juga turut menyediakan kira-kira 10,000 sukarelawan Khidmat Malaysia (KM) yang diletakkan dalam keadaan siap siaga sebagai persiapan membantu mangsa bencana.
“Anggota dan sukarelawan skuad berkenaan mempunyai pengalaman luas dalam menghadapi banjir melakukan persiapan yang sewajarnya untuk menghadapi musim tengkujuh,” katanya.
KUALA TERENGGANU: Tiga lagi daerah di Terengganu iaitu Hulu Terengganu, Marang dan Setiu terjejas akibat banjir sehingga jam 10 malam ini.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, daerah Hulu Terengganu, membuka tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Balairaya Kampung Kemat melibatkan 27 mangsa dengan tujuh keluarga.
Sementara itu, PPS di Balairaya Kampung Cheting, menempatkan 15 mangsa daripada empat keluarga dan di Balairaya Kampung Bukit Kolam menempatkan 11 mangsa daripada tiga keluarga.
Di Marang, satu PPS dibuka di Dewan Sivik Wakaf Tapai, menempatkan 13 mangsa daripada empat keluarga dan di Setiu satu PPS dibuka di Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap menempatkan 49 mangsa daripada 14 keluarga.
Menurut JPBN, di Kemaman tiga PPS dibuka melibatkan Balairaya Meraga Beris menempatkan 12 mangsa dan daripada dua keluarga, Dewan Orang Ramai Kampung Labohan terdapat 11 mangsa daripada dua keluarga dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik 18 keluarga dengan 74 mangsa.
Menurutnya, hingga kini empat daerah di negeri ini dilanda banjir melibatkan pembukaan lapan PPS terdiri daripada 54 keluarga dan jumlah mangsa seramai 212 orang keseluruhan.