OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SARAWAK
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SARAWAK | 11 MEI 2026
πPANGKALAN UDARA KUCHING
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim diiringi Datuk Mazli Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, wakil JPBN Sarawak serta pegawai dan petugas MET Malaysia bagi mengadakan OPA hari ini.
Sebanyak 3 lokasi kawasan sasaran OPA dibuat hari ini iaitu Empangan Bakun dan Murum serta Empangan Batang Ai dengan membawa muatan sebanyak 4 tangki larutan garam bersamaan 6000 liter menggunakan pesawat C-130 milik TUDM.
Operasi bermula pada jam 1.05 tgh hari di mana pesawat tiba di lokasi pertama, Empangan Bakun dan Murum pada jam 2.06 petang. Semburan garam sebanyak 2 tangki telah dibuat pada jam 2.25 petang. Seterusnya pesawat menuju ke kawasan sasaran ketiga, Empangan Batang Ai dan tiba pada jam 3.30 petang. Sebanyak 2 tangki larutan garam dibuat semburan di kawasan sekitar. Operasi berakhir pada jam 4.00 petang.
Keadaan awan di sekitar kawasan sasaran menunjukkan terdapat banyak awan kumulus menara yang sesuai untuk dilakukan pembenihan.
Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun pada jam 3.30 petang di sekitar kawasan sasaran Empangan Bakun dan Murum. Sementara di kawasan tadahan Empangan Batang Ai, hujan mula turun bermula jam 4.30 petang tadi dan berterusan sehingga kini.
Pelaksanaan OPA pada hari ini di Negeri Sarawak berjaya menurunkan hujan di kawasan sasaran.
Sebagai makluman, kali terakhir OPA dilaksanakan di Negeri Sarawak adalah pada tahun 2019. NADMA telah menerima permohonan untuk melaksanakan OPA daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berikutan masalah kekurangan air di kawasan tadahan serta empangan bagi kegunaan bekalan air domestik.
