PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

SELESAI HARI PERTAMA OPERASI PEMBENIHAN AWAN (OPA) DI NEGERI KEDAH DAN PERLIS

SELESAI HARI PERTAMA OPERASI PEMBENIHAN AWAN (OPA) DI NEGERI KEDAH DAN PERLIS | 10 MEI 2026
Β 
πŸ“ Pangkalan Udara Subang
Β 
OPA hari ini bermula jam 1.35 tengah hari menuju ke kawasan Empangan di Kedah dan semburan pertama bermula pada pukul 2.35 petang di Empangan Beris dan seterusnya ke Empangan Muda, Empangan Pedu dan Empangan Ahning. Sebanyak 3 tangki larutan garam digunakan semasa operasi di Negeri Kedah.
Β 
Perjalanan diteruskan ke Perlis iaitu Empangan Timah Tasoh dan 1 tangki digunakan bagi operasi di sini.
Β 
Operasi pembenihan awan pada hari ini berakhir pada pukul 3.20 petang.
Β 
Secara umum, terdapat kehadiran awan Kumulonimbus atau Kumulus Menara yang sesuai untuk dibuat pembenihan dan turut kelihatan di sepanjang kawasan sasaran OPA pada kali ini.
Daripada produk Radar QPE (Quantitative Precipitation Estimation) pada resolusi data tinggi 1 kilometer (km) menunjukkan terdapat pola taburan anggaran hujan di hampir kesemua empangan OPA pada kali ini.
Β 
Data anggaran hujan daripada radar adalah seperti berikut:
Β 
1. ⁠Empangan Beris jam 5.00 petang petang hingga 8.00 malam.
Β 
2. ⁠Empangan Muda jam 4.00 petang petang hingga 8.00 malam.
Β 
1. ⁠Empangan Pedu jam 4.00 petang petang hingga 8.00 malam.
Β 
2. ⁠Empangan Ahning jam 3.00 petang petang hingga 8.00 malam.
Β 
3. Empangan Timah Tasoh jam 5.00 petang petang hingga 8.00 malam.
Β 
Pelaksanaan OPA hari pertama di kawasan utara pada hari ini berjaya menurunkan hujan di kawasan sasaran OPA.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search