PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

HARI PERTAMA OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI KEDAH DAN PERLIS

HARI PERTAMA OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI KEDAH DAN PERLIS | 10 MEI 2026
Β 
πŸ“PANGKALAN UDARA SUBANG
Β 
Hari ini bermula Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Negeri Kedah dan Perlis sebagai langkah segera mendepani situasi penyusutan paras air empangan yang kini berada pada tahap waspada dan kritikal.
Bagi menyahut saranan YAB Perdana Menteri, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyelaras pelaksanaan dua (2) siri OPA iaitu dari 10 hingga 12 Mei 2026 dan 17 hingga 19 Mei 2026.
Seawal jam 8.00 pagi tadi, Pasukan Teknikal MET Malaysia telah membuat bancuhan air garam dan loading dalam pesawat. Pasukan OPA juga diberi taklimat pelaksanaan kawasan operasi sebagai persediaan sebelum penerbangan.
Β 
Operasi pada hari ini yang membawa muatan 4 tong bersamaan 6,000 liter larutan garam menggunakan pesawat C-130 milik TUDM. Lokasi tumpuan adalah kepada empangan Timah Tasoh di Negeri Perlis dan 4 kawasan empangan di negeri kedah iaitu Ahning, Pedu, Beris dan Muda.
Β 
Pelaksanaan OPA ini adalah sebagai salah satu usaha bagi membantu meningkatkan paras air empangan daripada terus menyusut. Keadaan ini dikhuatiri boleh mengakibatkan bekalan air bagi sektor pertanian serta penggunaan domestik di kawasan utara terjejas. Walaupun dalam beberapa hari kebelakangan ini terdapat hujan yang agak banyak di kawasan utara, namun kuantiti air hujan yang masuk ke dalam empangan adalah sangat minimum.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search