PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Hari terakhir pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA)

Hari terakhir pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) hari ini sekali lagi memberi tumpuan kepada 5 lokasi empangan iaitu Empangan Machap, Empangan Upper Layang, Empangan Seluyut, Empangan Lebam, Empangan Linggiu dan 2 Loji Rawatan Air (LRA) iaitu di LRA Lok Heng dan LRA Gembut. Pesawat TUDM membawa muatan 6,000 liter larutan garam dan operasi bermula pada jam 2.00 petang dan selesai pada jam 3.44 petang.
 
Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun seawal jam 2:30 petang di kawasan sasaran.
 
4 siri OPA yang dilaksanakan di kawasan selatan semenanjung ini diharapkan dapat membantu meningkatkan paras air di empangan dan kawasan tadahan air supaya bekalan air untuk kegunaan baik domestik, industri mahupun pertanian sentiasa mencukupi.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search