Sesi Libat Urus dan Lawatan Tapak Projek Pemasangan Sistem Amaran Awal (EWS) Aliran Puing dan Penanda Aras Pergerakan Sesar (PAPS) di Kawasan Berisiko Bencana Geologi di Sekitar Gunung Kinabalu
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Libat Urus dan Lawatan Tapak Projek Pemasangan Sistem Amaran Awal (EWS) Aliran Puing dan Penanda Aras Pergerakan Sesar (PAPS) di Kawasan Berisiko Bencana Geologi di Sekitar Gunung Kinabalu | 13 hingga 15 Mei 2025 | Sabah
Telah berlangsung sesi libat urus bersama komuniti di kawasan Ranau dan Kota Belud berkenaan projek pemasangan EWS dan PAPS di kawasan berisiko bencana geologi di sekitar Gunung Kinabalu. Sesi libat urus ini bertujuan untuk memaklumkan komuniti di kawasan terlibat mengenai inisiatif kerajaan melalui NADMA dan dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama SKN Sabah akan projek ini agar tiada isu berbangkit semasa proses pemasangan.
Selain itu, komuniti dapat bersiap sedia dengan sistem yang akan dibangunkan dan boleh beradaptasi apabila dipasang kelak. Pemasangan ini juga antara lain bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi tindak balas dan komuniti setempat dalam usaha mengurangkan impak bencana geologi. Sesi lawatan tapak disekitar Sungai Mesilou dan Panalaban ini turut dilaksanakan untuk memastikan kawasan adalah strategik dan bersesuaian mengikut pemetaan geologi kejuruteraan, analisis dan pemodelan bahaya yang dibuat.
Sesi libat urus dan lawatan tapak ini telah diketuai oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan diiringi oleh YBhg. Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi serta para pegawai daripada Seksyen Mitigasi NADMA.
