Mesyuarat Dua Hala bagi Memuktamadkan Draf Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Persekutuan Rusia
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat Dua Hala bagi Memuktamadkan Draf Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Persekutuan Rusia Mengenai Kerjasama Dalam Bidang Pengurusan Bencana dan Program-Program Berkaitan | 21 hinggga 25 April 2025 | Moscow, Rusia
Delegasi Malaysia ke mesyuarat dua hala bagi memuktamadkan MOU ini telah diketuai oleh YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA. Delegasi Malaysia telah melibatkan kehadiran YBrs. Encik Azroul Hisham bin Azulan, Penasihat Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, pegawai-pegawai daripada Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA, Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Kedutaan Besar Malaysia di Moscow.
Manakala di pihak Rusia pula telah diketuai oleh TYT Roman Kurynin, Deputy Minister of the Russian Federation for Civil Defence, Emergencies and Elimination of Consequences of Natural Disasters (EMERCOM of Russia) dan disusuli dengan perjumpaan dengan pihak Ministry of Foreign Affairs of the Russian Federation dan sesi perbincangan teks MOU secara keseluruhan. Pihak Rusia telah menyatakan komitmen untuk segera memuktamadkan MOU ini dan menyambut baik supaya dimeterai sewaktu Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri ke Rusia pada 13 hingga 16 Mei 2025.
YBhg. Duta Besar Malaysia ke Rusia turut berbesar hati mengadakan perjumpaan dengan delegasi Malaysia dan akan memudah cara proses memuktamadkan MoU ini kelak. Delegasi Malaysia turut dibawa melawat National Crisis Management Center dan pusat latihan berkaitan pengurusan bencana dan kecemasan di bawah EMERCOM of Russia.
Kedua-dua pihak telah membincangkan mengenai latihan bersama (joint exercise) antara Pasukan SMART NADMA dan Pasukan Penyelamat di bawah EMERCOM of Russia iaitu Far Eastern Regional Search and Rescue Team (RUS-03), yang mana kedua-dua buah negara mempunyai pasukan penyelamat yang telah mendapat pengiktirafan International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG).