PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Mangsa banjir di Sabah lebih 4,000, Beaufort paling ramai

KOTA KINABALU: Setakat jam 4 pagi tadi, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,122 orang di lima daerah pedalaman yang dilanda banjir, berbanding 3,569 mangsa malam tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, daerah Beaufort kekal merekodkan jumlah paling ramai dengan 1,339 mangsa daripada 432 keluarga.

Selain itu, katanya seramai 1,031 mangsa daripada 305 keluarga di daerah Sook, 872 mangsa daripada 293 keluarga di daerah Membakut , 743 mangsa daripada 276 keluarga di Tenom dan 137 mangsa daripada 51 keluarga di Keningau.

Daerah Tenom adalah yang terbaru diisytihar kawasan bencana semalam selepas air Sungai Padas di daerah itu melimpahi tebing dan menenggelami puluhan kampung.

Semua mangsa dipindahkan di 20 PPS yang dibuka di kelima-lima daerah selepas berlaku limpahan air sungai secara mendadak sejak Jumaat lalu berikutan hujan berterusan di kawasan pedalaman.

Banjir turut menyebabkan laluan menghubungkan puluhan kampung di kelima-lima daerah terjejas dan tidak dapat dilalui, selain turut menyebabkan memutuskan jalan perhubungan antara beberapa daerah.

Hujan berterusan di pedalaman Sabah sejak minggu lalu turut mengakibatkan tanah runtuh di beberapa kawasan dengan kejadian berskala besar dilaporkan berlaku di Jalan Keningau – Kimanis hingga menyebabkan laluan menghubungkan kawasan pedalaman dan pantai barat Sabah itu tidak dapat dilalui sepenuhnya sejak kelmarin.

Bencana berkenaan membabitkan enam kawasan Parlimen yang merangkumi kawasan pedalaman Sabah, iaitu Kimanis, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Pensiangan.

Difahamkan, hujan lebat berterusan dengan kadar yang tinggi mencecah 200 milimeter (mm) berbanding kadar biasa kira-kira 50 mm, selain fenomena air pasang tinggi hingga mencapai 2.5 meter menyebabkan banjir besar di lima daerah terbabit.

KL storm topples trees, damages 7 vehicles and home

KUALA LUMPUR: Heavy rain caused several trees across the city to fall and damage seven vehicles and a house today.

Kuala Lumpur, Cheras and Sentul Civil Defence Force officer, Major (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soerharto said the department received multiple reports of fallen trees in different locations during the heavy downpour today but fortunately, no serious injuries were reported.

He said the first incident occurred at Jalan 3/23D, Danau Kota, at 4.54pm where two trees were uprooted and fell. damaging seven vehicles.

"In another case at Jalan Cengal Selatan, Taman Setapak at 5.04pm, seven trees fell, causing a house roof to be damaged and a resident also sustained slight injury.

"Later at about 7.21pm,we received reports of another fallen tree at Jalan Brunei Selatan, Pudu, and at Jalan Sultan Salahuddin at 6.20pm, but no vehicles or individuals were affected," he said.

Following the incidents, he said several teams were deployed to the affected areas to clear the fallen trees and restore traffic flow.
 
Authorities have urged residents to remain cautious, especially during unpredictable weather conditions, to prevent further incidents.

2 sukarelawan polis maut, 8 cedera dalam letupan, berbalas tembakan di Golok malam tadi

GOLOK: Beberapa penyerang melepaskan tembakan dan meletakkan bahan letupan di luar Pejabat Daerah Sungai Golok malam ini, mengakibatkan dua sukarelawan polis maut dan lapan cedera.

Tembakan dan letupan berlaku sekitar 7.10 malam (8.20 malam waktu Malaysia), kira-kira sejam selepas umat Islam di wilayah itu berbuka puasa.

Jurucakap polis Sungai Golok berkata, kejadian itu berlaku di sepanjang jalan Sungai Golok-Sungai Padi berhampiran Big C iaitu sebuah pusat membeli-belah popular di kalangan rakyat Malaysia.

"Penyerang pada mulanya melepaskan tembakan sebelum meletupkan bahan letupan di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok.

"Akibatnya, dua sukarelawan polis maut dan lapan lagi cedera. Semua mereka dikejarkan ke Hospital Sungai Golok untuk rawatan," kata jurucakap itu.

Susulan serangan itu, pihak berkuasa keselamatan kini giat menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian, selain menasihatkan penduduk agar mengelak daripada melalui kawasan berkenaan.

Difahamkan, sejak awal Ramadan, pihak berkuasa di Sungai Golok yang bersempadan dengan Kelantan telah memperketat kawalan keselamatan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Daerah Sungai Golok, Dusit Kongsuk, dalam satu hantaran di Facebook rasmi Pejabat Daerah berkata, kawalan keselamatan akan diubah suai daripada sekatan jalan raya tetap kepada pos kawalan keselamatan bagi memudahkan pergerakan penduduk, terutama untuk aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan.

Beliau turut memaklumkan kawalan keselamatan akan diperketat susulan laporan risikan yang mendapati kawasan perbandaran Sungai Golok masih menjadi sasaran kumpulan tertentu yang cuba mencetuskan kekacauan.

Bagi menangani ancaman itu, Dusit berkata, pihaknya akan meningkatkan jumlah pos kawalan keselamatan yang beroperasi 24 jam sehari.

"Inisiatif ini akan membabitkan kerjasama antara tiga pasukan keselamatan dan komuniti setempat bagi menghalang sebarang ancaman sepanjang Ramadan.

"Di kawasan luar bandar, pos kawalan akan didirikan pada waktu malam dengan pemabitan pemimpin tempatan serta anggota keselamatan daripada ketiga-tiga pasukan," katanya.

Dusit berkata, langkah itu bertujuan memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan penduduk di kawasan terbabit.

 

Four Sarawak villages flooded, as more seek shelter in Sabah

KUALA LUMPUR: 

Residents of four villages in Sarawak were evacuated from floodwaters today, while the number of flood victims seeking shelter at relief centres in Sabah rose tonight.

Water levels at the Sungai Trusan rose to 0.9m causing 35 people from four villages in Trusan, Lawas, to be evacuated.

In Sabah, the number of flood victims rose to 1,010 people from 325 families at 8pm, as 10 villages each in Beaufort and Membakut were flooded.

However, Melaka received the all clear, with the last four evacuees leaving the relief centre in Jasin.

 

DBKL alih khemah petugas, peniaga rosak akibat ribut di bazar Ramadan Setapak Indah

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan segera mengalihkan khemah petugas dan peniaga yang rosak akibat ribut di Bazar Ramadan Bazaria Taman Setapak Indah di sini, petang semalam.

Insiden berlaku selepas angin kencang menyebabkan khemah petugas DBKL diterbangkan angin dan menghempap khemah peniaga di bazar berkenaan.

DBKL memaklumkan, pihaknya juga sudah berbincang dengan peniaga untuk mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah itu.

"Peniaga yang terbabit turut menyuarakan keperluan untuk mendapatkan khemah baharu dan mencadangkan supaya khemah dirapatkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang," katanya melalui kenyataan, malam tadi.

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial memuat naik video memaparkan sebuah khemah putih, dipercayai yang diduduki petugas DBKL diterbangkan angin dan menghempap beberapa khemah peniaga di Bazar Ramadan Bazaria Taman Setapak Indah.

DBKL berkata, sebagai langkah susulan, penukaran khemah petugas akan dilakukan pada malam tadi juga bagi memastikan kelancaran operasi bazar.

"DBKL sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan peniaga serta pengunjung," katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search