PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Jerebu: Larkin, Pasir Gudang, Batu Pahat di Johor antara kawasan tahap tidak sihat

Jerebu: Larkin, Pasir Gudang, Batu Pahat di Johor antara kawasan tahap tidak sihat

KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Johor merekodkan bacaan tertinggi dengan Larkin dan Pasir Gudang masing-masing mencatatkan 154, manakala Batu Pahat (153).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Johan Setia di Selangor (153), Cheras di Kuala Lumpur (152), Putrajaya (152) serta Nilai di Negeri Sembilan (124).

Sementara itu, sebanyak 60 kawasan berada pada kategori sederhana manakala hanya satu kawasan merekodkan kualiti udara yang baik iaitu Langkawi, Kedah.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. – BERNAMA

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search