PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Indonesia digesa namakan syarikat Malaysia dikaitkan kebakaran hutan

Indonesia digesa namakan syarikat Malaysia dikaitkan kebakaran hutan

JOHOR BAHRU: Pihak berkuasa Indonesia sepatutnya menamakan syarikat Malaysia didakwa terbabit pembakaran terbuka di negara itu dan mendedahkan dapatan siasatan kepada umum,.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng, dalam kenyataan hari ini berkata syarikat terbabit tidak sepatutnya terlepas tanggungjawab semata-mata kerana kebakaran berlaku di luar Malaysia.

Beliau berkata, jika syarikat Malaysia terbabit, pihak berkuasa Indonesia perlu mendedahkannya dan memastikan siasatan dijalankan dengan telus, tertakluk kepada proses undang-undang sewajarnya.

Gesaan beliau dibuat di tengah-tengah keadaan jerebu yang semakin memburuk di beberapa kawasan di Malaysia yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat, terutamanya di Johor.

Kah Eng berkata, beliau menerima aduan hampir setiap hari daripada warga emas di kawasan beliau mengenai kesukaran bernafas dan rasa tidak selesa disebabkan jerebu.

"Ini bukan sekadar isu alam sekitar, malah membabitkan kesihatan awam," katanya.

Beliau mengecam pembakaran terbuka serta tebas dan bakar diamalkan syarikat perladangan dan pekebun kecil untuk membersihkan hutan dan tanah gambut yang kaya dengan karbon, tanpa mengira negara asal syarikat atau di mana pembakaran berlaku.

Beliau berkata, mana-mana syarikat Malaysia didapati menyumbang kepada jerebu merentasi sempadan perlu bertanggungjawab menerusi proses undang-undang sesuai.

Kah Eng juga menyarankan Kerajaan Persekutuan memperkukuh undang-undang dan mekanisme penguatkuasaan bagi menangani isu jerebu merentasi sempadan.

Ia termasuk menimbangkan akta jerebu merentasi sempadan, yang dapat menyediakan rangka kerja lebih jelas bagi pihak berkuasa persekutuan dan negeri mengambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search