PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir

Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir

KUALA LUMPUR: Hujan lebat serta ribut petir petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir kilat.

Berdasarkan tinjauan menerusi perkongsian orang awam di media sosial, antara kawasan utama yang terjejas akibat limpahan air termasuk sekitar pusat bandar Kuala Lumpur, Bangsar, Damansara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Segambut, dan Kajang.

Selain itu, kejadian sama turut dilaporkan melanda beberapa kawasan di bahagian selatan Selangor meliputi Bangi, Bandar Seri Putra, dan Bukit Mahkota, serta laluan utama menghala ke Nilai 3.

Kejadian banjir kilat berkenaan menyebabkan beberapa jalan raya ditenggelami air, sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk, terutamanya di laluan sekitar Jalan Bukit Pantai, Universiti Malaya, Jalan Damansara, Segambut, dan jalan antara Bukit Mahkota ke Nilai 3.

Maklumat lanjut serta pengesahan daripada pihak berkuasa berhubung tahap kerosakan dan penutupan jalan akibat insiden banjir kilat berkenaan sedang diperoleh.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search