PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

RTB RM80.5 juta atasi masalah banjir di Teluk Intan

RTB RM80.5 juta atasi masalah banjir di Teluk Intan

TELUK INTAN: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Perak di sini yang menelan belanja RM80.5 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2028 mampu mengatasi banjir di bandar Teluk Intan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, projek tersebut bukan sekadar bertindak sebagai penampan banjir tetapi turut menyediakan fasiliti kemudahan awam berkualiti.

Menurutnya, ia merangkumi laluan berbasikal, joging dan restoran terapung di bandar yang terkenal dengan tarikan udang galah itu.

“Projek yang berimpak tinggi ini mampu mengubah sejarah Teluk Intan dan segalanya berjalan dengan lancar kita boleh isytihar Teluk Intan sebagai zon bebas banjir.

“Kosnya RM80.5 juta dan terdapat laluan sepanjang tujuh kilometer  berdepan Sungai Perak,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Taklimat Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Perak Fasa 1 di sini hari ini.

Katanya, terdapat rancangan untuk mewujudkan pelayaran sungai atau river cruise seperti di Kuching, Sarawak untuk menarik pelancong tempatan dan antarabangsa.

“Pada masa depan Teluk Intan bukan sahaja akan terkenal dengan Menara Condong tetapi juga RTB,” katanya. – UTUSAN

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search