PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Parkir MRT Kwasa Sentral dinaiki air, kereta hampir tenggelam

Parkir MRT Kwasa Sentral dinaiki air, kereta hampir tenggelam

PETALING JAYA – Kawasan letak  kereta di stesen MRT Kwasa Sentral dilaporkan dinaiki  air susulan hujan lebat, sehingga menyebabkan beberapa  kenderaan hampir ditenggelami banjir.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @Bizz_kid, keadaan parkir dilihat dipenuhi air bertakung dengan paras mencecah tayar kereta, sekali gus mencetuskan kebimbangan pemilik kenderaan.

“Air bertakung,” katanya ringkas ketika membalas pertanyaan netizen mengenai situasi sebenar di lokasi kejadian.
Seorang lagi pengguna, @Jack.saw.370 meluahkan harapan agar isu banjir tidak berulang sekiranya pembangunan diteruskan di kawasan tersebut.

“Harap nanti bila dah membangun tak ada lagi banjir,” katanya.

Dalam pada itu, @Mattbourne68 turut mendakwa paras air sudah tinggi sehingga mencecah bahagian badan kenderaan.

“Sampai ‘dada’ kenderaan dah tu,” katanya. Situasi sama turut dikongsi pengguna lain, @Fifisaad yang menggesa pemilik kenderaan segera mengalihkan kereta masing-masing.
 

“Cepat-cepat balik, hujan masih lebat. Kereta awak sikit lagi nak tenggelam,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung termasuk seluruh Lembah Klang. – KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search