PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir: 177 keluarga masih di PPS, beberapa sungai di Pantai Timur pada paras bahaya

Banjir: 177 keluarga masih di PPS, beberapa sungai di Pantai Timur pada paras bahaya

KUALA LUMPUR: Setakat tengah malam tadi, seramai 581 mangsa daripada 177 keluarga masih berada di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri.

Terengganu catat jumlah mangsa tertinggi, 292 orang daripada 90 keluarga dari dua daerah - Kemaman dan Hulu Terengganu yang berlindung di 10 PPS.

Selain Terengganu, PPS masih dibuka di Kelantan, Sabah, Selangor, Sarawak dan Pahang. Sementara itu, paras air di beberapa sungai di lima negeri dikesan melebihi tahap bahaya, sekitar jam 7 pagi ini.

Di Terengganu, iaitu di Sungai Besut, Jambatan Keruak, Besut pula, aras air melebihi tahap bahaya 0.16m dan trend menaik dilaporkan.

 

Di Kelantan, Sungai Lebir di Kampung Tualang (F1), Kuala Krai juga melebihi tahap bahaya pada 0.61m, dengan trend menaik.

Di Pahang, tiga sungai iaitu di Belat di Sri Damai (F2) dan Kenau di Sg Rimau (F2), Kuantan serta Jamb Chegar Perah (F1), Lipis berada pada tahap bahaya, sekitar jam 7.15 pagi tadi.

Di Selangor, aras air P/A Pandamaran di Klang sudah melebihi tahap bahaya pada 0.84 meter dan setakat jam 7.30 pagi ini, ia tidak menunjukkan trend perubahan.

Di Sarawak, aras air di Long Teru, Miri melebihi tahap bahaya pada 0.52 m (trend menaik) manakala di Marudi, Miri, situasi sama berlaku dengan aras air sebanyak 0.33 m (trend menurun).

Sungai-sungai lain di lima negeri itu juga turut dilaporkan melebihi tahap amaran dan waspada iaitu Sungai Buloh di Parit Mahang, Kuala Selangor (waspada); Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman (amaran); Sungai Tersat di Kampung Sekayu (F1), Hulu Terengganu (amaran); Sungai Nerus di Kampung Bukit (F1), Setiu (waspada); Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun (waspada); Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman (waspada) dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu (waspada).

Sungai Kelantan di Kuala Krai (F1), Kuala Krai (amaran); Sungai Golok di Rantau Panjang (F1), Pasir Mas (amaran); Galas di Limau Kasturi (F1), Gua Musang (waspada); Sungai Kelantan di Kusial (F1), Tanah Merah (waspada); Sungai Galas di Kampung Lembaga (F1), Gua Musang (waspada); Sungai Galas di Chegar Lapan, Kuala Krai (waspada); Sungai Kelantan di Kusial Baru (F1), Tanah Merah (waspada).

Sungai Tembeling di Kampung Merting (F1), Jerantut (amaran); Sungai Soi di Jln. Pekan-Kuantan (N), Kuantan (amaran); Pahang di Kuala Tembeling, Jerantut (waspada); Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan (waspada); Sungai Telemong di Telemong (F1), Bentong (waspada); Lepar di Jamb. Gelugor (F1), Kuantan (waspada); Sungai Kuantan di Bukit Kenau, Kuantan (waspada); Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut (waspada).

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search