Kerajaan Indonesia peruntuk RM12.77 bilion untuk pemulihan bencana di Sumatera
- Admin UKK
- Berita
JAKARTA, 10 Dis: Kerajaan Indonesia memerlukan lebih RM12.77 bilion bagi melaksanakan kerja-kerja pemulihan besar-besaran susulan bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda tiga provinsi di Sumatera iaitu Aceh, Sumatera Utara, dan Sumatera Barat.
Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Suharyanto, menyampaikan perkara itu ketika melaporkan perkembangan terkini kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dalam satu mesyuarat khas.
Menurut Suharyanto, skala kerosakan amat luas, melibatkan ribuan rumah penduduk, infrastruktur awam, serta kawasan ekonomi produktif.
“Sebanyak 37,546 rumah dilaporkan rosak, termasuk yang hilang disapu banjir, ini yang menjadi keutamaan untuk pemulihan selain perbaikan akses-akses laluan di kawasan terjejas,” katanya
Selain itu kerosakan turut membabitkan jambatan, jalan raya, sekolah, hospital, tempat ibadah, puskesmas, pondok pesantren, dan ribuan hektar lahan pertanian, ternakan dan kebun, termasuk pelbagai fasiliti kerajaan dan harus segera di pulihkan.
Ketiga-tiga provinsi itu secara keseluruhan memerlukan lebih daripada Rp51.81 trilion, bersamaan kira-kira RM12.77 bilion, untuk mengembalikan keadaan kepada tahap sebelum bencana atau menjadi lebih baik melalui program rehabilitasi dan rekonstruksi.
Suharyanto menegaskan bahawa kerajaan pusat telah menjadikan pemulihan Sumatera sebagai keutamaan nasional, dengan memastikan mobilisasi sumber, logistik serta sokongan kepada wilayah yang terjejas dilakukan secara maksimum. -TVS
