Perkhidmatan kereta api laju di timur laut Jepun disambung semula selepas gempa bumi
- Admin UKK
- Berita
TOKYO: Perkhidmatan kereta api laju yang menghubungkan Tokyo dan wilayah timur laut Jepun disambung semula semalam selepas sebahagian operasinya digantung sejak awal pagi akibat gempa bumi.
Operasi digantung bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan susulan gempa bumi kuat yang menggegarkan Wilayah Aomori dan kawasan sekitar malam sebelumnya, menurut lapor Kyodo News.
Laluan Shinkansen Tohoku ditutup antara Morioka di Wilayah Iwate dan Shin-Aomori di wilayah berjiran Aomori, sebelum operasi disambung semula sekitar 3.40 petang, menurut pengendali JR East.
"Sebanyak 26 tren digantung perkhidmatan dan sembilan lagi mengalami kelewatan sehingga 71 minit, menjejaskan kira-kira 17,000 penumpang," menurut syarikat itu.
Susulan gempa bumi bermagnitud 7.5 lewat petang Isnin lalu, kira-kira 60 penumpang terkandas dan bermalam di dalam tren sebelum mereka dipindahkan dengan bas pada pagi Selasa. Tiada kecederaan dilaporkan.
