PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Gempa bumi 4.9 magnitud landa Tenggara Afghanistan

Gempa bumi 4.9 magnitud landa Tenggara Afghanistan

KABUL: Gempa bumi berukuran 4.9 magnitud melanda tenggara Afghanistan pada petang Selasa, lapor Xinhua memetik Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).

Pusat gempa dikesan pada kedalaman cetek 10 km, dengan koordinat pada 34.48 darjah lintang utara dan 70.71 darjah bujur timur.

Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan dikeluarkan, namun pihak berkuasa sedang memantau keadaan dengan teliti, mengambil kira kerentanan kawasan itu.

Gegaran itu dikesan hanya tiga minggu selepas gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 melanda timur Afghanistan pada 31 Ogos lalu, meragut lebih 2,200 nyawa dan mencederakan lebih 3,600 orang di wilayah Kunar, Nangarhar dan Laghman.

Bencana itu turut memusnahkan lebih 7,000 kediaman sekali gus memburukkan lagi keperluan kemanusiaan di negara yang terdedah kepada gempa bumi itu. – BERNAMA-XINHUA

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search