PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

PPS Kanowit ditutup, 56 mangsa banjir dibenar pulang

PPS Kanowit ditutup, 56 mangsa banjir dibenar pulang

KANOWIT, 10 Sept: Seramai 56 mangsa banjir daripada empat rumah panjang di Sungai Poi dibenarkan pulang selepas ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Kanowit sejak 8 September lalu.

Antara rumah panjang terlibat ialah Rumah Lanting, Nanga Sekeruh Sungai Poi (21 orang), Rumah Minggu, Menalun Ulu Sungai Poi (13 orang), Rumah Jarau, Menalun Ili Sungai Poi (19 orang), serta Rumah Liam, Sungai Poi (dua orang).

Pegawai Daerah Kanowit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Jackline August Jahar, berkata PPS berkenaan ditutup pada jam 1 tengah hari selepas banjir pulih sepenuhnya.

“Keputusan dibuat setelah mengambil kira paras air yang sudah surut dan mangsa boleh pulang ke rumah masing-masing dengan selamat,” katanya ketika melawat PPS tersebut pagi tadi.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu, Mejar (PA) Mohd Reduan Aini, berkata pemantauan tetap diteruskan walaupun PPS ditutup.

“Seramai 40 anggota APM akan digerakkan bagi menjalankan pemantauan di beberapa kawasan berisiko seperti Nibong Tada, Ngungun dan Machan untuk memastikan keselamatan penduduk,” jelasnya.

Beliau menambah, tinjauan pagi ini di Jalan Utama Rantau Kemiding mendapati laluan tersebut terkawal dan boleh dilalui semua kenderaan.

“Kita kini berada dalam mod siap siaga memandangkan aliran air di Sungai Rajang agak besar dari arah Kapit,” ujarnya. -TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search