PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tiada kemalangan jiwa, jauhi kawasan struktur tidak kukuh – Onn Hafiz

Tiada kemalangan jiwa, jauhi kawasan struktur tidak kukuh – Onn Hafiz

SEGAMAT: Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku susulan gempa bumi lemah yang menggemparkan daerah ini awal pagi tadi. 

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya sudah menghubungi Pegawai Daerah Segamat, Mohd. Ezzuddin Sanusi bagi mendapatkan informasi lanjut kejadian itu.

“Saya dimaklumkan bahawa setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.

“Kerajaan Negeri Johor sedang memantau keadaan ini dengan teliti bersama agensi berkaitan. 

“Nasihat saya kepada rakyat, jauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa,” katanya.

Dalam pada yang sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan terus membuat pemantauan rapi dan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar negeri Johor serta seluruh negara sentiasa dilindungi daripada sebarang musibah,” kongsinya. – UTUSAN
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search