PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Bomba ambil masa 4 jam padam kebakaran belukar di Lawas

Bomba ambil masa 4 jam padam kebakaran belukar di Lawas

LAWAS, 2 Julai: Anggota bomba bertungkus-lumus lebih empat jam untuk memadam kebakaran belukar yang merebak seluas tiga ekar di Kampung Banting di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Clarence D.Primus Tiandun berkata, sepasukan anggota membabitkan tiga kenderaan bomba dikerah ke lokasi bagi operasi pemadaman sebaik menerima laporan kecemasan jam 3.18 petang.

Katanya, sebaik tiba, pasukan keluaran operasi mendapati berlaku kebakaran belukar dianggarkan berkeluasan tiga ekar.

“Anggota bertindak memadam kebakaran dengan membuat pemisah api/ penghalang kebakaran menggunakan satu aliran hos sepanjang 60 meter dari jentera tangki sehingga api dapat dikawal dan padam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, api terkawal pada jam 6.30 petang dan operasi ditamatkan 10 minit kemudian.

Clarence menasihati orang ramai agar tidak membuat pembakaran secara terbuka dan pihak Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Limbang boleh mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan tersebut.

Katanya lagi, pihaknya sudah membuat laporan kepada NREB Limbang untuk melaksana pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengelak berlakunya pembakaran terbuka. -TVS.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search