PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Hujan lebat di 8 negeri petang ini

Hujan lebat di 8 negeri petang ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, susulan jangkaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di lapan negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, cuaca buruk itu dilaporkan melanda Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).

“Di Perak melibatkan daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Huja lebat turut melanda Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub), serta Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat),” lapor MetMalaysia.

Sementara itu, di Johor pula antara kawasan yang dijangka terjejas adalah daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Selain itu, di negeri Sarawak, keadaan sama tertumpu sekitar Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi), manakala, di Sabah pula melibatkan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan),” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search