PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tanah runtuh di Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak - Bomba

Tanah runtuh di Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak - Bomba

KUALA LUMPUR: Sebuah rumah mengalami kerosakan susulan insiden tanah runtuh di Kampung Orang Asli, Batu 12 Gombak, awal pagi ini.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 5.05 pagi.
 
Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari balai dan tiba pada jam 5.28 pagi.
 
"Kejadian tanah runtuh itu telah menghempap dinding sebuah rumah kediaman berkeluasan 40 x 40 kaki persegi.
 
"Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Mengulas lanjut, Wan Md Razali berkata, seramai enam anggota bomba dengan kekuatan satu jentera jenis FRT terlibat dalam operasi pemantauan dan keselamatan di lokasi kejadian.
 
"Anggota bertugas turut menjalankan pemantauan di kawasan sekitar serta memberikan nasihat keselamatan kepada penduduk berhampiran bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini susulan runtuhan tersebut.
 
"Ketua Balai serta pihak Pejabat Tanah turut dimaklumkan mengenai kejadian ini bagi tindakan lanjut," ujarnya.
 
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa peka terhadap perubahan struktur tanah terutamanya di kawasan cerun dan berbukit, terutamanya ketika musim hujan.
 
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search