PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

6 lubang benam gergasi tunggu masa telan mangsa

6 lubang benam gergasi tunggu masa telan mangsa

BANGKOK – Enam lubang benam gergasi muncul di daerah Khun Yuam, wilayah Mae Hong Son, menyebabkan penduduk tempatan diselubungi kebimbangan, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Lubang benam berdiameter antara 2 hingga 30 meter itu pertama kali ditemukan pada 29 hingga 30 Mac lalu di kawasan pertanian di kampung Ban Mae Surin. 

Menurut Pejabat Wilayah 1 Sumber Mineral, lubang benam itu dicetuskan oleh gegaran seismik daripada gempa bumi sekuat 7.7 magnitud yang berpusat di Myanmar pada 28 Mac lalu.

Lubang-lubang benam itu tidak menunjukkan tanda-tanda memperlahan, sebaliknya penenggelaman dan pengembangannya semakin berterusan.

Akhbar The Nation melaporkan, apabila semakin besar kelompangan di bawah tanah, bahagian atas tanah menjadi terlalu berat untuk menampung struktur yang menipis.

Ia mengakibatkan berlakunya pembentukan lubang benam.

Pejabat Wilayah 1 Sumber Mineral telah meminta agar kawasan sekitar lubang benam dipagar untuk memastikan orang ramai dan haiwan peliharaan berada dalam jarak yang selamat. –

AGENSI 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search