PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Malaysia sedia hulur bantuan, sokong usaha kemanusiaan susulan gempa bumi – PM

Malaysia sedia hulur bantuan, sokong usaha kemanusiaan susulan gempa bumi – PM

KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menghulurkan bantuan dan menyokong usaha kemanusiaan yang diperlukan Myanmar, Thailand serta negara terjejas, susulan gempa bumi yang melanda hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berdiri teguh dalam solidariti bersama negara jiran serta negara anggota ASEAN.

Selain menyatakan keprihatinannya terhadap kemusnahan besar di Mandalay, Bangkok dan kawasan sekitarnya, beliau turut melahirkan rasa dukacita terhadap laporan mengenai bangunan runtuh, mangsa yang terperangkap serta jumlah korban yang semakin meningkat.

Malaysia juga ujarnya sedang memantau perkembangan di selatan Yunnan, China, yang turut mengalami gegaran dan kerosakan struktur.

“Atas nama Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada semua yang kehilangan insan tersayang dan mendoakan kesejahteraan bagi mereka yang cedera serta terpaksa berpindah akibat bencana itu.

“Dalam saat penuh kesedihan ini, semoga proses pemulihan berjalan lancar dan ikatan serantau membawa harapan serta penyembuhan,” katanya dalam laman sosial Facebook.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search