PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Bolivia isytihar darurat bencana

Bolivia isytihar darurat bencana

SUCRE: Presiden Bolivia, Luis Arce mengisytihar darurat negara pada Rabu susulan hujan lebat dan banjir teruk di negara itu.

Bencana sehingga kini meragut lebih 50 nyawa manakala lebih 100,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Kesemua sembilan wilayah di Bolivia terjejas, dengan satu diisytiharkan sebagai kawasan bencana dan tiga lagi dalam keadaan kecemasan.

Bolivia dengan populasi lebih 12 juta penduduk, lazimnya mengalami musim hujan dari November hingga Mac.

Menurut Perkhidmatan Meteorologi Bolivia, beberapa amaran oren dan merah untuk limpahan sungai, yang biasanya dikeluarkan pada Februari, dikeluarkan pada Mac tahun ini dan dilanjutkan sehingga April.

Pengisytiharan darurat membolehkan kerajaan membeli bekalan dan menggerakkan sumber dengan lebih mudah.

Ribuan anggota tentera dikerahkan untuk mengendali dan mengagih bantuan ke kawasan terjejas teruk.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search