PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Gempa 6.7 magnitud landa perairan New Zealand

Gempa 6.7 magnitud landa perairan New Zealand

NEW ZEALAND: Penduduk di kawasan pantai diberi amaran supaya menjauhi pantai selepas gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 melanda selatan Pulau Selatan New Zealand, kata pihak berkuasa.

Agensi Pengurusan Kecemasan Negara (National Emergency Management Agency) menyatakan bahawa penduduk di wilayah Southland dan Fiordland perlu mengelakkan kawasan marin kerana arus kuat dan luar biasa boleh membahayakan selepas gempa bumi yang berlaku pada hari Selasa.

“Orang di atas bot, kapal kediaman, dan di marina harus meninggalkan bot atau kapal mereka dan berpindah ke daratan. Jangan kembali ke bot melainkan diarahkan oleh pihak berkuasa.”

Menurut pemantau seismik kerajaan, Geonet, lebih 4,700 orang merasakan gegaran itu, dengan media New Zealand melaporkan barangan jatuh dan bangunan bergegar.

Gempa bumi tersebut berlaku pada kedalaman 33km (21 batu) dan dilaporkan sekitar 160km (99 batu) barat laut Pulau Snares, iaitu pulau paling utara dalam kumpulan pulau sub-Antartik New Zealand, menurut amaran daripada Geonet. – REUTERS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search