PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

PETRA teliti kaedah manfaat air hujan sebelum cadangkan kepada PM

PETRA teliti kaedah manfaat air hujan sebelum cadangkan kepada PM

KUCHING: Perbincangan di peringkat dasar akan dilakukan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sebelum sebarang cadangan berkaitan kaedah memanfaatkan air hujan ketika musim kemarau dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia bagi memastikan cadangan untuk memanfaatkan air hujan yang bakal dikemukakan itu selari dengan Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau yakin cadangan yang bakal dikemukakan itu mendapat sokongan daripada semua kerajaan negeri.

“Namum begitu, pelaksanaan bagi cadangan itu kelak yang melibatkan kerajaan akan melihat kepada kemampuan kewangan dan pelaburan yang dimiliki oleh kerajaan negeri terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Kem Ihlya Ramadan 2025 di Kuching.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, kementerian itu telah menjalankan kajian berkaitan cara untuk memanfaatkan air hujan dan kini sedang mengumpul maklumat untuk tindakan selanjutnya.

“Dengan itu kita akan dapat fokus pertamanya untuk melihat perancangan sebenarnya kalau diperlukan, manakala yang keduanya kita aka melihat kepada teknikal, impak alam sekitar dan juga kewangan.

“Kalau kewangan membenarkan mungkin banyak perkara yang kita dapat lakukan mengenai perkara itu,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri telah meminta PETRA untuk mengemukakan cadangan kaedah-kaedah bersesuaian untuk memanfaatkan air hujan terutamanya ketika musim kemarau.

Ia kerana, walaupun Malaysia menerima jumlah hujan yang tinggi, namum air hujan terbabit tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search