PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Padam api di hutan paya bakau lebih sukar berbanding tanah pamah

Padam api di hutan paya bakau lebih sukar berbanding tanah pamah

Pekan: Cabaran serta risiko memadam kebakaran hutan paya gambut lebih tinggi berbanding di hutan tanah pamah malah tanah jerlus dan pokok tumbang antara perkara yang sentiasa diberi perhatian.

"Ketika berjalan dalam hutan paya gambut, kita perlu sentiasa berhati-hati dengan mengikut laluan ditetapkan.

"Bertugas juga perlu secara berkumpulan kerana sekiranya berlaku kemalangan, rakan dapat memberi pertolongan dengan segera," kata anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Syed Azizi Syed Salim.

Syed Azizi, 49, antara 30 anggota tiga BBP di daerah ini yang menyertai operasi memadam kebakaran hutan paya gambut Palma Valley dan Chenderawasih sejak 10 hari lalu.

Syed Azizi berkata, hampir setiap tahun anggota BBP Pekan terbabit dengan operasi memadam kebakaran di hutan paya gambut berkenaan.

Menurut Syed Azizi, berpuasa selain cuaca panas turut menjadi ujian sepanjang operasi pemadaman. "Cabaran bertambah dengan tiupan angin kencang dan sumber air terhad," katanya lagi.

Rakannya, Mohd Tajudin Mohd Yusuf, 43, dari BBP Maran berkata, selepas selesai operasi memadam kebakaran di Gebeng, Kuantan, dia ditugaskan untuk menyertai operasi berkenaan.

"Keadaan permukaan hutan paya gambut di sini, yang lembut dengan ketebalan kira-kira satu meter turut menyukarkan kami untuk bergerak sambil membawa peralatan memadam api.

"Kerja pemadaman api di kawasan paya gambut memerlukan lebih banyak tenaga, selain tanah mudah jerlus.

"Ditambah pula kali ini bertugas sambil berpuasa, operasi perlu diteruskan dan pada masa sama, ketaatan pada agama tidak boleh diketepikan," katanya yang sudah 21 tahun bertugas.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search