PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir Sarawak: Jumlah penduduk terjejas tidak berubah, 262 masih berlindung di PPS

Banjir Sarawak: Jumlah penduduk terjejas tidak berubah, 262 masih berlindung di PPS

KUCHING, 13 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara, PPS kekal 262 orang melibatkan 81 keluarga setakat pukul 8.00 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, kesemua mereka ditempatkan di lima buah PPS yang masih aktif.

Bahagian Miri masih mencatat bilangan tertinggi penduduk terjejas di PPS iaitu 210 orang daripada 65 keluarga.

Ia melibatkan daerah Beluru yang mempunyai 2 PPS beroperasi iaitu Dewan Masyarakat Beluru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong Beluru.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search