VISI / MISI OBJEKTIF SEKSYEN
Merangka dan memastikan pelaksanaan program dan inisiatif berkaitan Pengurangan Risiko Bencana atau Disaster Risk Reduction (DRR) ke arah masyarakat yang berdaya tahan bencana dan mengarusperdanakan DRR di dalam semua sektor berkaitan.
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEKSYEN MITIGASI
- Merangka dan menyelaras inisiatif Pengurangan Risiko Bencana (Disaster Risk Reduction-DRR) untuk meningkatkan pemahaman kepada risiko bencana melalui koordinasi bersama agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Jabatan-jabatan Teknikal, Badan Bukan Kerajaan, akademia dan lain-lain.
- Merangka, menyelaras dan melaksana program pencegahan dan mitigasi bencana bagi pengurangan risiko, meminimumkan impak, dan mencegah pembentukan risiko bencana yang baru.
- Mengukuh dan membangunkan kompetensi serta keupayaan kapasiti dalam pengurangan risiko bencana merangkumi semua pihak berkepentingan termasuk agensi Kerajaan dan masyarakat setempat.
- Membina serta menambah baik jaringan kerjasama dalam aspek DRR di peringkat tempatan, agar seiring dengan peringkat antarabangsa.
- Membina serta meningkatkan kolaborasi dan jaringan kerjasama dalam DRR di peringkat serantau antarabangsa merangkumi elemen meningkatan kepakaran, perkongsian pengetahuan, teknologi dan mekanisma lain ke arah negara yang berdaya tahan bencana.
Visi: Agensi Peneraju Pengurusan dan Kesiapsiagaan Bencana Negara.
Misi: Merancang dan menyelaras operasi bencana dengan berkesan melalui strategi pengendalian yang teratur ke arah kesejahteraan rakyat.
Fungsi Dan Tanggungjawab Seksyen Pelaksanaan Operasi
- Merangka kaedah pelaksanaan latihan antara agensi
- Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program latihan amal pengurusan bencana
- Mengadakan naziran atau inspektorat pengurusan operasi bencana di peringkat Daerah dan Negeri
- Mengadakan kerjasama dan koordinasi dengan agensi peringkat Daerah dan Negeri semasa kesiapsiagaan bencana
- Menasihati Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat Daerah dan Negeri dalam kaedah pengurusan operasi bencana
- Merangka, merancang dan menyelaras pelaksanaan pelan tindakan operasi bencana bersama agensi-agensi pengurusan bencana
- Memantau pelaksanaan latihan peningkatan keupayaan agensi dalam pengurusan bencana oleh agensi
- Membantu keurusetiaan JPBP dan pelaksanaan tindakan bantuan operasi di lapangan
VISI / MISI OBJEKTIF SEKSYEN
Bertanggungjawab sebagai Penggubal Dasar Pengendalian Operasi Bencana Bertindak sebagai penyelaras kepada Gerakkerja Agensi melalui arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) NO.20: Dasar Mekanisme Pengurusan Bencana Negara.
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEKSYEN PENYELARASAN OPERASI
- Merancang dan menyelaras koordinasi bantuan bencana dan kemanusiaan negara, termasuk melibatkan bantuan rantau Asean dan Antarabangsa.
- Bertindak sebagai penyelarasan program pemurnian/semakan Peraturan Tetap Operasi (PTO) / Emergency Response Plan (ERP) / Business Continuity Plan (BCP) yang melibatkan pengendalian bencana bersepadu (multi-agensi).
- Merangka dan menyelaras aktiviti penilaian dan penambahbaikan (post-mortem) bagi aspek koordinasi tindak balas agensi.
- Bertindak sebagai sekretariat kepada jawatankuasa kumpulan kerja kesiapsiagaan dan tindak balas peringkat negara.
- Mengelola pelaksanaan program pemantapan pengurus bencana di peringkat negara, serantau dan antarabangsa.
- Bertindak sebagai agensi meneraju dalam memberi khidmat nasihat/konsultasi dan sebagai penceramah serta fasilitator bagi program berkaitan pengurusan dan pengendalian bencana.
PERANAN / PENCAPAIAN SEMASA
- Memberi khidmat nasihat dan konsultasi serta khidmat fasilitator dalam pengurusan bencana kepada agensi dalam negara (KKMM, KKM, JPA, ATM, PDRM, Universiti, dll) serta agensi luar negara (ASEAN, AHA Centre, UN-OCHA, UNICEF, WFP, DFAT, dll).
- Mengurus misi bantuan bencana ke luar negara seperti China, Indonesia dan Itali.
penglibatan dalam mesyuarat teknikal MKN bagi pengurusan Covid-19 semasa darurat. - Mengurus pembayaran stesen kuarantin hotel semasa Covid-19 pada tahun 2020-2021
VISI DAN MISI
Peneraju utama dalam menyelaras dan menguruskan maklumat bencana.
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB
- Menyediakan platform bagi koordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat bersama PKOB Negeri, Agensi Teknikal dan Agensi Tindak Balas.
- Mengurus pengumpulan maklumat dan penyebaran amaran bencana.
- Memantau situasi bencana semasa dan menyediakan laporan bencana.
- Mewujudkan jaringan kerjasama dan perkongsian maklumat bencana dengan pelbagai agensi dalam negara dan antarabangsa.
- Memantau pergerakan pengoperasian bencana termasukan pergerakan Pasukan SMART dan misi bantuan kemanusiaan.
PERANAN DAN PENCAPAIAN SEMASA
- Menyediakan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana kepada Agensi Tindak Balas.
- Menyediakan Laporan Terkini Kejadian Bencana Di Seluruh Negara setiap hari.
- Menyediakan Laporan Situasi Bencana (SITREP) semasa bencana banjir Monsun Timur Laut (MTL) dan cuaca panas.
- Membangunkan Malaysian Disaster Information Management System (MyDIMS) sebagai pusat pengurusan amaran dan data bencana.
- Membangunkan Portal Bencana sebagai portal setempat maklumat dan amaran bencana.
- Menyediakan Dashboard Pengurusan Bencana sebagai platform pemantauan dan penyediaan laporan situasi bencana di lapangan.
- Menyelaras sebaran amaran banjir dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Syarikat Telekomunikasi.
- Menyediakan ringkasan kejadian bencana seluruh negara secara bulanan dan tahunan.
- Melaksanakan sesi Emergency Operation Centre Exercise (EOCX) di peringkat ASEAN.
- Melaksanakan sesi libat urus dan taklimat mengenai peranan dan fungsi NDCC dalam pengurusan bencana negara.
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEKSYEN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL
- Sekretariat Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN);
- Mengurus dan memantau peruntukan Bantuan Wang Ihsan (BWI), Bantuan Wang Ihsan Kematian (BWI-Kematian) dan peruntukan pengurusan pengoperasian bencana kepada negeri-negeri dan agensi-agensi tindak balas;
- Sebagai Sekretariat Rakan NADMA;
- Menjalin rangkaian kerjasama strategik dalam mengkoordinasi pergerakan dan bantuan bencana bersama sukarelawan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), badan korporat pihak swasta dan Institusi Pengajian Tinggi; Awam dan Swasta serta masyarakat; dan
- Menyelaras kerjasama dalam melaksanakan program kesedaran bencana untuk komuniti melalui program-program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM).
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 2025
Unit KWABBN
- Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara: Sasaran 2 kali setahun
- Penyediaan Anggaran Belanjawan Tahunan: Sasaran 1 kali setahun
- Penyaluran peruntukan BWI dan peruntukan pengurusan pengoperasian bencana: Sasaran 14 negeri setahun
- Sesi Libat Urus NADMA Bersama Kerajaan Negeri: Sasaran 14 negeri setahun
Unit Komuniti & Sosial
- Program Pemerkasaan Komuniti: Belia, Luar Bandar, NGO, Umum (Community Based Disaster Risk Reduction - CBDRM): Sasaran 20,000 peserta setahun
- Mobilisasi Pergerakan Sukarelawan Rakan NADMA di lapangan: Sasaran 10,000 sukarelawan NGO Rakan NADMA setahun
- Simulasi Pengurusan PPS bersama JKM dan Rakan NADMA : Sasaran 30 program setahun
- Bengkel Cadangan BWI-BSN: Sasaran 6 bengkel setahun
- Sharing Session bersama NGO Rakan NADMA: Sasaran 8 sesi setahun
