OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

PBSM Stampin perkukuh komuniti dengan MoU bersama rakan kongsi

KUCHING, 21 Jan: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Cawangan Stampin mengambil langkah proaktif memperkukuhkan keselamatan komuniti dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Altica, Zeitgeist, SarTrac dan Public Medicare Group (PMG).

Pengerusi PBSM Stampin, Chew Kim Soon berkata MoU ini mencerminkan komitmen bersama semua pihak terbabit dalam memperkasakan keupayaan penyelamatan sekiranya berlaku kecemasan.

“Melalui perkongsian seperti ini, kita boleh mencapai lebih banyak bersama daripada yang kita boleh lakukan sendirian. Kepada rakan kongsi kami, terima kasih atas kepakaran dan kepercayaan anda terhadap inisiatif ini,” katanya berucap pada majlis itu di sini, hari ini.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Beliau turut menekankan bahawa kecemasan dan bencana datang tanpa diduga, oleh itu inisiatif seperti ini mesti terus berkembang dan menjangkau lebih ramai komuniti, termasuk di kawasan bandar serta kampung terpencil.

PBSM Stampin komited untuk menjadikan komuniti lebih selamat dan lebih bersedia menghadapi kecemasan.

Dalam pada itu, Bengkel Kesiapsiagaan Komuniti dan Pengurangan Risiko yang dianjurkan adalah langkah proaktif ke arah matlamat tersebut, dengan harapan para peserta dapat berkongsi ilmu yang diperoleh dengan orang lain.

“Ini dapat membantu membina Sarawak yang lebih kukuh dan berdaya tahan,” katanya.

Letupan kilang kimia: Polis sahkan 33 mangsa alami sesak nafas, pedih mata

KLANG: Polis mengesahkan 33 mangsa mengalami sesak nafas dan pedih mata susulan letupan sebuah kilang kimia di kawasan perindustrian Sungai Kapar Indah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kesemua mangsa merupakan pekerja kilang dan sekitar lokasi tersebut yang berusia 20 hingga 40-an.

“Tiada kecederaan , mangsa yang hadir ke hospital untuk rawatan, semuanya adalah pesakit luar dan mereka hadir disebabkan masalah pernafasan terhidu gas serta pedih mata,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Tambahnya polis juga telah mengambil beberapa sampel bahan kimia di lokasi kejadian dan dihantar ke jabatan kimia untuk tindakan susulan

Dalam pada itu pihaknya juga telah merakam keterangan pemilik premis berkenaan dan pihaknya sedang mengumpul bukti jika ada unsur kecuaian berlaku.

“Pemilik telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan kilang ini mempunyai tujuh pekerja tiga warganegara, empat bukan warganegara dan memiliki permit sah,” ujarnya.

Menurutnya lagi, setakat ini kertas siasatan dibuka di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP).

“Sekiranya terdapat kecuaian dalam aspek jenayah dan sebagainya, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Vijaya berkata kawasan tersebut masih ditutup kepada orang awam selama dua hari dengan kawalan 24 jam oleh polis.

 

Police take statement from owner of chemical factory which exploded in Klang

KLANG: Police have recorded the statement of the owner of a chemical recycling factory which exploded in Kapar Indah Industrial Park, here yesterday evening.

North Klang district police chief ACP S Vijaya Rao said police are currently collecting other information to determine if there was any element of negligence and the investigation is currently being conducted under a Police Inquiry Paper (KEP).

“The owner has cooperated well and the factory has seven employees, including three locals and four foreigners, all of whom have valid work permits.

“If we find any elements of negligence or crime, etc., we will continue the investigation under section 285 of the Penal Code,“ he said when met after inspecting the location of the incident here today.

Vijaya said his party is waiting for a chemical report to determine the type of chemical involved before the area and its surroundings are allowed to reopen.
 
 “This area is expected to be opened in one or two days after we confirm the type of chemical involved in the explosion over 100 to 150 metres wide,“ he said.
 
Vijaya said 33 people were injured, all of whom suffered minor injuries such as eye pain and shortness of breath.

Yesterday, Selangor police chief Datuk Hussein Omar Khan was reported to have said that his party’s initial investigation found that the explosion was caused by chemicals stored in the factory compound.

 

 

Reaksi bahan kimia punca letupan

KLANG – Polis telah merakam keterangan pemilik kilang memproses bahan kimia yang meletup dalam kejadian di kawasan Taman Perindustrian Kapar Indah di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kilang ini mempunyai tujuh pekerja termasuk empat warga asing yang mempunyai dokumen yang lengkap.

Katanya, punca siasatan masih dijalankan namun tidak menolak kemungkinan disebabkan reaksi antara bahan kimia yang ada.

“Pemilik kilang telah dipanggil dan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk dirakam keterangan.

“Ketika ini, kita buka siasatan bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP) dan sekiranya terdapat kecuaian dalam aspek jenayah dan sebagainya, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Kata beliau, beberapa sampel bahan kimia di lokasi kejadian telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan selanjutnya.

Ujarnya, selepas mendapat keputusan itu pihak bomba akan melakukan pembersihan kawasan agar orang ramai boleh menggunakan laluan bagi aktiviti mereka.

Lokasi kejadian akan ditutup dalam dua hari dengan kawalan 24 jam daripada pihak polis.

“Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kemudiannya akan mengambilalih dan berbincang dengan pengusaha kilang untuk tujuan penutupan sementara.

“Berdasarkan semakan, radius kawasan terjejas akibat letupan itu antara 100 hingga 150 meter,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan jumlah terkini mangsa terlibat adalah seramai 33 orang dengan 31 daripadanya dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan dua lagi di hospital swasta.

“Mereka semua tidak hanya dirawat pesakit luar dengan gejala pedih mata dan sesak nafas,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

26 cedera, 50 terpisah akibat gempa bumi di Taiwan

Taipei: Gempa bumi bermagnitud 6.4 dan beberapa kejutan lanjur melanda selatan Taiwan awal pagi Selasa, mengakibatkan rumah dan jalan runtuh, dengan puluhan cedera serta 50 orang terperangkap di perkampungan mereka, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).

Menurut data terkini Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, sebanyak 26 individu dilaporkan cedera dan telah dihantar ke hospital sehingga lewat pagi Selasa.

Di Kampung Xixing, Daerah Dapu di Wilayah Chiayi, yang juga pusat gempa, kerosakan teruk dilaporkan, dengan jalan masuk ke kampung terbabit terhalang, menyebabkan kira-kira 50 penduduk terasing.

Pejabat dan sekolah di Dapu ditutup pada Selasa berikutan kerosakan itu.

Sementara itu, lapan individu yang sebelum ini terperangkap dalam bangunan di Bandar Tainan dan Chiayi berjaya diselamatkan, menurut Agensi Bomba Kebangsaan.

Di Daerah Jiasian, Kaohsiung, jalan yang terhalang akibat batu-batu yang jatuh telah dibersihkan oleh Biro Lebuh Raya.

Manakala di Perbandaran Haituan, Taitung, jalan raya yang terhalang oleh cerun yang runtuh dijangka dibuka untuk laluan sehala menjelang tengah hari dan kembali kepada dua hala pada pukul 3 petang.

Gempa bumi utama melanda Chiayi pada 12.17 tengah malam dengan intensiti tertinggi dicatatkan di Dapu pada tahap 6- dalam skala intensiti 7 tingkat Taiwan, yang menggambarkan tahap kesukaran untuk berdiri, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).

Sehingga 3.30 pagi, hampir 50 kejutan lanjur telah direkodkan di selatan Taiwan, dengan yang terkuat bermagnitud 5.2 pada 1.42 pagi, menurut data CWA.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search