SHAH ALAM - Sebanyak 28 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara sehingga Isnin dengan sembilan daripadanya melibatkan strok haba dan 19 lagi kelesuan haba.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata, dari segi pecahan kes mengikut negeri, Kedah mencatatkan bilangan tertinggi iaitu lapan kes, Perak (7), Selangor (3), Negeri Sembilan (3), Sabah (3), Perlis (2), Johor (1) dan Pahang (1).
Menurutnya, seramai 23 orang pesakit adalah berumur antara 20 hingga 59 tahun manakala selebihnya remaja lingkungan 13 hingga 19 tahun.
“Terdapat satu kes kematian akibat strok haba melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun yang mana telah dimasukkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang pada 31 Januari dan meninggal dunia pada 2 Februari lalu.
“Manakala satu lagi kes strok haba melibatkan seorang lelaki berumur 22 tahun yang sebelum ini dirawat di ICU Hospital Sultanah Maliha, Langkawi telah dipindahkan ke wad biasa serta stabil selain 25 kes lagi telah mendapatkan rawatan dan sembuh,” katanya pada Selasa.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran gelombang haba di Perlis apabila suhu maksimum harian melebihi 37°C hingga 40°C sejak 19 Mac.
Sebahagian besar Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Kuala Muda, Pendang, Sik, Baling, Kulim), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar), Kelantan (Jeli, Kuala Krai, Gua Musang) dan Pahang (Jerantut, Bentong, Raub, Maran, Bera, Temerloh) mengalami cuaca panas tahap satu iaitu suhu maksimum harian melebihi 35°C hingga 37°C.
Negeri lain yang turut mencapai suhu maksimum berkenaan ialah Melaka (Tampin, Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Tampin, Jelebu, Seremban, Jempol), Johor (Tangkak, Muar, Johor Bahru, Kulai, Kluang, Segamat) Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sepang.
Pada masa yang sama, MetMalaysia juga menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35°C masih berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sehingga April 2024.
Dalam pada itu, KKM menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan tahap hidrasi yang mencukupi dan mengurangkan aktiviti fizikal lasak.
“Orang ramai juga perlu mengurangkan aktiviti lain di luar rumah pada musim cuaca panas sekarang,” ujarnya.
RAMADAN pada tahun ini agak mencabar dengan keadaan cuaca panas di seluruh negara.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca panas ketika ini dijangka kekal hingga pertengahan April berikutan kurangnya awan yang boleh membawa hujan.
Sehingga Sabtu, data menunjukkan Perlis dan tujuh daerah di Kedah serta Hulu Perak, Perak diletakkan di bawah Tahap 2 Kriteria Cuaca Panas iaitu gelombang haba.
Perlis yang mengalami gelombang haba dengan suhu maksimum harian di negeri itu melebihi 37 darjah Celsius sejak 19 Mac lalu.
Selaras dengan itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminta institusi di bawahnya memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan yang sopan berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.
KPM memaklumkan menerusi kenyataan memaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua institusi pendidikan di bawah KPM diminta untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas. Selain itu pihak terbabit perlu memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan buat sementara waktu di lokasi yang merekodkan status cuaca panas Tahap 1.
Tahap 1 suhu maksimum harian sehingga 37°C sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abdu Hassan berkata, jika cuaca panas terus berpanjangan sehingga bertukar status gelombang haba, KPM perlu mengambil tindakan selanjutnya antaranya dengan menutup institut pendidikan di bawah kelolaannya.
KPM boleh bertindak mengikut Pelan Tindakan Bagi Menangani Gelombang Haba 2016, Pelan Tindakan Pengurusan Risiko Kesihatan Gelombang Haba 2021 yang dikeluarkan KKM selain Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Semasa Cuaca Panas yang dikeluarkan pada 18 April 2023.
Pendedahan kepada cuaca panas yang berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan terutama kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas termasuk individu menghidap penyakit kronik.
Murid-murid sekolah antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat kesan masalah kesihatan akibat pendedahan kepada cuaca panas disebabkan faktor fisiologi dan kurang pengambilan air.
Meskipun Sabah berada pada suhu maksimum 35°C namun Lahad Datu menjadi 'panas' berikutan pelajar kolej vokasional ditemukan maut di asrama pada Jumaat lalu dengan kesan lebam dan kecederaan pada tubuh dipercayai dipukul rakan.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa, Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, dengan sekumpulan penghuni asrama berkaitan masalah kehilangan wang yang berlaku di asrama tersebut.
Susulan daripada itu, seramai 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun yang disyaki terbabit dalam kes ini telah ditahan bagi membantu siasatan.
Jika benar, tidak sepatutnya pelajar terbabit mengotorkan tangan mereka dengan mengambil tindakan terburu-buru terhadap mangsa.
Sedangkan, ruang aduan kepada warden asrama terbuka luas.
Masih segar dalam ingatan kes penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu.
Cukuplah cuaca sahaja panas, hati jangan dibiar panas oleh nafsu dan hasutan.
Apa-pun alasannya, nyawa tiada galang gantinya.
* Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan ialah wartawan Sinar Harian.
Dijangka mula reda awal April
- Admin UKK
- Berita
Keadaan cuaca panas dan kering yang dialami negara ketika ini dijangka mula berkurangan pada awal April apabila fasa Peralihan Monsun dijangka berlaku dalam tempoh itu.
Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Maqrun Fadzli Mohd Fahmi berkata, fasa tersebut berlaku apabila terdapat perubahan arah angin daripada Monsun Timur Laut kepada Monsun Barat Daya.
“Kebiasaannya, pada fasa Peralihan Monsun ini, corak tiupan angin akan membawa kepada aktiviti hujan ribut petir di sebelah petang dan kita jangka situasi ini akan mula berlaku menjelang awal April.
“(Cuaca panas dan kering) masih akan bertahan sehingga seminggu ke hadapan tetapi kita harap dengan ada banyak aktiviti hujan akan berlaku (pada fasa Peralihan Monsun) ini akan meredakan kembali suhu yang agak tinggi sekarang,” katanya, semalam.
Maqrun Fadzli berkata dalam menghadapi cuaca panas, orang ramai dinasihati untuk memakai pakaian yang bersesuaian dan selesa serta mengurangkan aktiviti luar bagi mengurangkan kesan terhadap suhu yang tinggi ketika ini.
Malah katanya
MetMalaysia
sentiasa bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk melakukan pembenihan awan bagi meningkatkan taburan hujan sekiranya terdapat keperluan dan sebarang maklumat akan diberitahu dari semasa ke semasa.
“Sebenarnya kalau kita lihat gelombang haba di
Malaysia, tak begitu bahaya jika nak dibandingkan dengan negara lain seperti di India sehingga boleh menyebabkan kematian namun kita memahami suasana tidak selesa yang dialami rakyat dalam keadaan panas, terutama pula dalam Ramadan, dugaan sedikit tinggi,” katanya. Bernama
“Kita harap dengan ada banyak aktiviti hujan akan berlaku (pada fasa Peralihan Monsun) ini akan meredakan kembali suhu yang agak tinggi sekarang”
zPenguasaan Bahasa Perancis penting kerana ia antara bahasa perniagaan selepas Bahasa Inggeris serta Mandarin
z150 guru tempatan ajar Bahasa Perancis di sekolah dan universiti.
‘Conserve water due to critical level’
- Admin UKK
- Berita
ALOR SETAR: As the dry spell borders on critical levels, Kedahans have been warned to conserve water and avoid open burning.
Kedah public works, natural resources, water supply and water resources and environment committee chairman Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria said while the situation is manageable on the mainland, the same cannot be said about Pulau Langkawi.
“Things are okay for now on the mainland but not Langkawi.
“There is enough water in the two dams to cater to those on the mainland.
“In Langkawi, it is critical as there has been no rain. In some places on the island, there has been no water at all.
“Our concern is at the Bukit Malut Dam in Langkawi, where the water level, which stands at 67m, is nearing the critical level of 60m.
“The problem is further compounded by leakages in the subsea waterpipe supplying the archipelago with water from the mainland via Perlis.
“Repairs are ongoing but it cannot be carried out daily due to the tidal window,” he said.
Mohamad Yusoff said there is a fleet of 91 lorries to supply water to affected areas all day, mainly to settlements at the end of the pipelines on higher ground.
“Our main focus is on areas with critical water supply disruption, meaning those without water at all during this dry spell.
“If needed, we will increase the number of lorries, especially with the coming festive season,” he said.
Mohamad Yusoff also expressed concern over the frequency of open burning, especially on the mainland, which could lead to fires.
“The people should be mindful that open burning can become full blown in this heat.
“This year alone, there have been 1,138 cases of open burning.
“People need to realise that this is an offence and they can be fined,” he said.
In Penang, as the weather continues to heat up, infrastructure, transport and digital committee chairman Zairil Khir Johari said the state has plans to ensure there is enough water to deal with future dry spells.
“Currently, the expanded Mengkuang Dam is able to release 600 million litres per day (MLD) to meet the shortfall of abstraction of raw water from Sungai Muda.
“In order to produce 1,000 MLD for daily treatment, the state government has proposed through the Federal Government to construct a new 440 MLD Lahar Yooi Pumping Station to enable efficient refilling of the Expanded Mengkuang Dam during wet seasons.
“The state government through Penang Water Supply Corporation (PBAPP) will ensure availability of continuous flow of raw water and actively monitor the inflow throughout the year including efforts to protect water catchment areas beyond the boundary of Penang.
“This will ensure that the level of raw water at Sungai Muda is sufficient to meet 85% of water demand in Penang,” he said.
Zairil said as a short-term plan, Mengkuang Dam being a reserve dam for the drought season, is able to release 600 MLD daily for about 129 days.
On long-term plans, he said the Sungai Perak water transfer is one of the alternative sources for Penang,
“We hope this project can be expedited for long-term water security in the state.
“The state government through PBAPP will implement water supply projects under the Water Contingency Plan 2030 to increase treated water production capacity before 2030.
“Among the projects include plans to build an additional water treatment plant (WTP) to extract water from Sungai Muda, a WTP at Mengkuang Dam to be able to use the water stored there and tapping into unutilised water sources such as Sungai Kerian and Sungai Perai,” added Zairil.
KUALA LUMPUR - Perlis merekodkan gelombang haba atau suhu panas tahap dua setakat jam 4.30 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Berdasarkan data harian status cuaca panas yang dikongsikan jabatan itu di Facebook hari ini, tahap gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Selain itu terdapat 12 kawasan di Semenanjung merekodkan suhu panas tahap berjaga-jaga atau tahap satu, iaitu Langkawi, Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar di Kedah serta Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta di Perak.
Tahap Berjaga-Jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Selain itu, berikutan fenomena El Nino kuat yang sedang melanda dunia pada ketika ini, MetMalaysia turut menjangkakan suhu maksimum harian di negara ini boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat. - Bernama