OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

RM5.04 juta bantuan TBTP disalur kepada pesawah

RM5.04 juta bantuan TBTP disalur kepada pesawah

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM5.04 juta bantuan di bawah Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) disalurkan kepada 2,255 pesawah yang mengalami pengurangan atau kehilangan pengeluaran hasil tanaman akibat bencana sepanjang 2025.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata di bawah Tabung Bencana Pertanian (TBP), sebanyak RM17.9 juta nilai bantuan disalurkan kepada 2,358 orang petani.

Katanya, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mewujudkan dua jenis bantuan akibat bencana iaitu TBTP dan TBP.

TBTP adalah bantuan yang disediakan kepada petani atau pesawah sama ada di dalam atau luar jelapang padi. Jenis bantuan adalah berbentuk bantuan kewangan dan bantuan pertanian (bukan kewangan).

"Syor nilai bantuan ditetapkan berdasarkan kepada umur tanaman padi iaitu RM876 per hektar bagi tanaman berumur 1-70 Hari Lepas Tabur (HLT) dan RM1,800 per hektar bagi tanaman berumur 71-120 HLT.

"Bantuan ini tertakluk kepada had tuntutan iaitu sebanyak tiga hektar sahaja," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) yang meminta menyatakan bantuan atau ganti rugi kepada petani yang mengalami kerugian kerosakan tanaman disebabkan bencana kerosakan ban pertanian akibat ombak laut atau sebab lain.

Mohamad berkata sebagai langkah mitigasi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana juga ditubuhkan dan Bilik Gerakan Bencana sudah diaktifkan di setiap jabatan dan agensi peringkat negeri.

Katanya, ia bagi memantau keadaan semasa di daerah dan negeri masing-masing serta memberikan bantuan kepada golongan sasar yang memerlukan.

"Kementerian akan terus komited untuk membantu golongan sasar yang terkesan akibat bencana di seluruh negeri dengan pelbagai inisiatif untuk memastikan kelangsungan aktiviti di keseluruhan sektor agromakanan tidak terjejas," katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search