OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, 10 PPS masih aktif

Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, 10 PPS masih aktif

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan penurunan sedikit setakat jam 8 pagi tadi dengan 1,773 mangsa daripada 560 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,822 mangsa daripada 587 keluarga petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan sebanyak 10 PPS masih aktif setakat ini, membabitkan kawasan Serian, Sibu, Bintulu dan Sebauh.

"Antara PPS menempatkan mangsa paling ramai ialah PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh di Serian dengan 448 mangsa daripada 131 keluarga; Dewan Masyarakat Serian (325 mangsa daripada 94 keluarga) dan PPS Dewan Suarah Bintulu (306 mangsa daripada 114 keluarga).

"Selain itu, PPS Dewan Sri Kemena Sekolah Menengah Kebangsaan Sebauh menempatkan 164 mangsa daripada 53 keluarga," menurut makluman itu.

Bencana banjir di Sarawak kali ini bermula pada 31 Disember tahun lalu apabila beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search