OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir Sabah, Sarawak: Lebih 3,000 masih berlindung di PPS petang tadi

Banjir Sabah, Sarawak: Lebih 3,000 masih berlindung di PPS petang tadi

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah mencatatkan penurunan setakat 4 petang tadi, dengan 3,168 orang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 4,257 pada sebelah pagi.

Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan hanya 29 PPS masih aktif petang ini, menempatkan 2,802 mangsa daripada 864 keluarga, berbanding 41 PPS yang menempatkan 3,890 mangsa daripada 1,175 keluarga pada 8 pagi tadi.

Sebelas PPS yang ditutup melibatkan kawasan Samarahan, Gedong, Siburan dan Balai Ringin ekoran keadaan banjir yang semakin terkawal.

Bagaimanapun, JPBN memaklumkan jumlah mangsa mencatat peningkatan di beberapa lokasi, melibatkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Krusen di Serian, serta PPS Dewan Suarah dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh di Bintulu.

Di SABAH, Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 366 orang daripada 138 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 367 orang daripada 137 keluarga pagi tadi.

 

Semua mangsa di daerah Beaufort itu ditempatkan di dua pusat pemindahan yang masih beroperasi dengan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Dewan Slagon merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 328 orang daripada 123 keluarga, manakala selebihnya di PPS Dewan Sri Dayang Shahbandar, Padas Damit.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search