OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Masjid penuh kayu balak, lumpur

Masjid penuh kayu balak, lumpur

JAKARTA – Sebuah masjid di Tapanuli Selatan, wilayah Sumatera Utara mengundang perhatian orang ramai kerana dipenuhi serpihan kayu balak yang dihanyutkan arus banjir dan tanah runtuh, lapor portal berita Netral News. 

Kejadian berlaku di Masjid Taqwa Garoga,  baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @affandinofri menunjukkan pekarangan masjid dikelilingi lumpur yang keras. 

Perakam terkejut apabila menemui timbunan kayu balak serta ranting berselerakan  di seluruh ruang solat. Meskipun dibadai banjir lumpur, masjid itu masih teguh. 

Penduduk tempatan dilihat bergotong-royong memindahkan serpihan dan membersihkan masjid. Rakaman itu mencatatkan lebih 146,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Macam mana kayu sebanyak itu boleh masuk dalam masjid?” kata seorang netizen. 

“Tingkap tidak pecah tapi kayu boleh masuk. Hebat kuasa Allah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search