OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

30,000 hektar hutan terbakar dalam 24 jam

30,000 hektar hutan terbakar dalam 24 jam

MADRID – Kebakaran hutan yang marak memusnahkan 30,000 hektar kawasan lagi di barat Sepanyol dalam masa kurang daripada 24 jam, demikian menurut data satelit hari ini, namun suhu lebih sejuk meningkatkan harapan ia dibendung.

Menurut Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah, kira-kira 373,000 hektar kawasan hangus di Sepanyol bagi tahun ini setakat pukul 7 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Ia menjadikannya musim kebakaran paling teruk di negara itu sejak rekod bermula pada 2006, melepasi rekod 2022 apabila 306,000 hektar hutan terbakar.

Sebahagian besar kemusnahan berpunca daripada kebakaran besar yang berlarutan selama lebih seminggu di wilayah barat laut Zamora dan Leon, wilayah Ourense Galicia serta Caceres di wilayah barat Extremadura.

Pihak berkuasa memindahkan beribu-ribu penduduk dari berpuluh-puluh kampung.

Beberapa jalan utama ditutup, manakala perkhidmatan kereta api di antara Madrid dan Galicia turut digantung.

Walaupun pegawai memberi amaran bahawa kebakaran masih jauh untuk dipadamkan, pengakhiran gelombang haba selama 16 hari telah memperbaiki keadaan untuk anggota bomba.

Suhu maksimum telah menurun sebanyak 10 hingga 12 darjah Celsius, manakala tahap kelembapan meningkat, kata wakil kerajaan pusat di Castile dan Leon, Nicanor Sen.

“Perubahan ini memudahkan dan menambah baik keadaan untuk mengawal kebakaran,” katanya kepada penyiar awam TVE. – AFP

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search