OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Benteng pecah burukkan keadaan

Benteng pecah burukkan keadaan

Usaha menyelenggara parit dan saliran di kawasan berisiko di daerah ini bagi mengatasi masalah banjir dilaksana berterusan, namun berdepan cabaran disebabkan cuaca tidak menentu.

Faktor terbabit juga yang mendorong banjir luar biasa dengan paras air naik mendadak terutama di Kampung Baharu, Sri Gading dan kawasan berdekatan, baru-baru ini.

Selain itu, benteng yang dibina di kawasan tambakan untuk pembangunan taman perumahan didakwa pecah, yang memburukkan lagi keadaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Raja, Rashidah Ramli mengakui masalah yang berlaku dan berkata, mesyuarat penyelarasan dianjur bagi mencari penyelesaian banjir yang membabitkan beberapa kampung.

Katanya, antara langkah jangka pendek dicapai dalam mesyuarat yang disertai wakil kerajaan negeri bersama jabatan dan agensi daerah, termasuk menambah mesin pam bagi menyedut air banjir.

“Segala butiran dan keperluan setempat untuk penyelesaian segera digerakkan termasuk penyelesaian jangka panjang.

“Usaha turut dijalankan dengan membersihkan saliran parit bermula di Lorong 1, Kampung Baharu sehingga Parit Karjo. Ini termasuk membersihkan sebarang halangan yang menyekat aliran air.

“Kami juga menggerakkan mesim pam di Sungai Senggarang,

dekat Parit Karjo, selain kawalan pintu air. Operasi mesin pam air masih diteruskan berdasarkan situasi semasa air pasang surut,” katanya.

Dalam pada itu, Rashidah berkata, kerja menggali sungai di Parit Karjo sepanjang lapan kilometer sudah dijalankan, disusuli sungai di Kampung Baharu.

Katanya, kerja mendalamkan sungai itu dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah sebagai antara langkah penyelesaian jangka panjang.

“Dua pam bergerak juga dipasang di Parit Sapran dan Parit Hj Hassan dengan setakat ini, keadaan semakin bertambah baik,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan berkata, isu banjir perlu diatasi segera menerusi pemasangan pam air berkuasa tinggi bagi mempercepatkan proses banjir surut.

Katanya, antara kampung yang terjejas termasuk Parit Karjo, Parit Baru, Parit Kaspan, Parit Bengkok dan Parit Samion.

“Sekiranya ada lebih banyak pam, air boleh disedut dan dialirkan keluar dengan lebih cepat. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu kampung yang dinaiki air supaya banjir surut lebih cepat.

“Masalah banjir ini berlaku hampir setiap kali hujan lebat dan air banjir surut terlalu perlahan kerana sistem saliran sedia ada tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak.

“Saya sudah mengemukakan cadangan kepada pihak berkuasa supaya pam air dipasang di beberapa lokasi kritikal bagi mempercepatkan proses pengaliran keluar air banjir,” katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search